Sunday, January 17, 2021

SURAH AL KAHFI - PENYELESAIAN PERMASAALAHAN HIDUP

Catatan Bahtera 11.01.2021

Surah Al-Kahfi yg kita baca tu hadam intipatinya, Kita nielah zamanNya
AlQuran nie kena kenal mana Qadim (kekal) mana Muhaddasnya (Baharu), Syirik nie pasanganya Tauhid.


Hendaklah kita benar-benar fasih akan perbezaan diantara Qadim dan Muhaddas agar dapat kita mentauhidkan Allah dan tidak jatuh syirik kita.

Nak tahu kenapa sebelum sifu jwb pandangan vak sin tu mukaddimahnya begini?

Rasulullah SAW gitu juga. Dalam sessi muzakarah, beliau tanya dulu siapakah antara kamu yg kafir. Baru beliau tutup pintu sambung muzakarah.

Kafir tu maksudnya tak mengenal Tuhannya. Kita2 pun sama jugek kalau tak mengenal.
FB dan Google tu lombong sampah. Pandai2 lah selak mana yg patuh na

Orang dah fokus kumpul dinar, kita gila kumpul kertas kosong kuning hijau, biru, merah lagi. Dunia dah akhir zaman dah nie

Gitulah. skrip semua dah siap sampai kiamat pun ye dak. Moga terus duduk dalam kesedaran untuk menyaksikan skrip cerita yang sudah di lakarkan 💪💪💪

Kegilaan Vak sin tu pun dah lama ada dalam New World Order SOP.  Kita nie tak mampu nak buat apa2 pun melainkan larikan diri macam cerita Al-Kahfi. Hati Nurani dan kesedaran kita yang dapat selamatkan dgn izin Allah.

Al-Kahfi tu bukannya mai berlagu hafal jer mengalahkan burung belatuk. Tadabbur
ALQURAN ITU DISEBUT SBG KALAM ALLAH.

jika Allah kita sebut Allah Berkalam

Jika kita sbg manusia kita sebut sbg berkata2 atau bercakap

Skrg ini kat hp pun dah ada Al Quran atau dah ada Kalam atau Suara Allah 

Betul ke ???

Cer jawab ini. Kalau tak burung belatuk kita kita belaka.

Jawapan vak sin ka apa pun semua dah ada dlm Alquran.

Justeru, 

apakah solusi terbaik untuk membawa kita keluar daripada bermacam-macam masalah yang dihadapi? 

Jawapannya, 
adalah dengan membaca dan memahami tersurat dan tersirat al-Quran yang diturunkan ALLAH

Perbanyakkanlah beristighfar kepada Allah SWT kerana ia adalah penyelesai kepada isu yang dibangkitkan. 

Degil bersedialah jadi tikus makmal satu demi satu.

Sifu bukan nak pun infaq utk sessi tazkirah tu, sekadar nak tengok sejauh mana komitmen Adab dengan ilmu tu jer. Bagi anak2 tahfiz makan2, ada juga jasanya pada hamba2 Allah.

Nak infaq 😉😉😉

Lakukan di sini ⤵️⤵️⤵️⤵️⤵️⤵️⤵️

https://www.billplz.com/projekbahtera
https://www.billplz.com/projekbahtera
https://www.billplz.com/projekbahtera

Ini pun, sifu pun tak maulah buang masa nak syok sendiri. Nie pun boleh bilang jari pun.
.
.
.
Alhamdulillah. Terlerai sudah penantian penuh debaran di jiwa dengan berakhirnya "Abah" bersuara kembali buat pengumuman PKP, PKP-B dan PKP-P secara rasminya. Ada kawan-kawan terima sebagai masalah dan ada yang terima dengan nikmat 

Bila kita bicara tentang masalah. Semua orang ada masalah, tinggal bagaimana seseorang itu mampu ‘menguruskan’ masalah dengan baik atau tidak sahaja.

Ketika Hadapi Masalah, Amalkan 15 Tip Ini Untuk ‘Tarik Perhatian’ Dan Dekatkan Diri Pada Allah. Moga-moga masalah itu tidak terus membelenggu diri dan akhirnya menjadi ‘racun’ dalam diri.

1. Pertama sekali, terus paksa diri untuk ambil air wuduk dan solat. Boleh rujuk surah Al Baqarah ayat 45. Allah s.w.t sendiri bagi tips terbaik, mintalah pertolongan dengan jalan sabar dan solat.

2. Bila ada masalah, tika air mata mengalir. Saat itu satu saja yang boleh selesaikan masalah kita. Sedarilah bukan duit, bukan orang, bukan apa-apa melainkan Allah.

3. Selalu masalah datang dari pelbagai arah. Bertalu-talu. Kita tidak perlu fikir solusi, strategi atau pening nak buat apa. Jawapannya ketika timbul masalah adalah banyakkan Istighfar. 

Istighfar dulu. Solusi Allah akan bagi. Minta ampun pada Allah. Kurangkan dosa kita. Diantara penyebab hidup kita selalu ada masalah, ini kerana kita kurang rahmat Allah dalam hidup atas akibat dosa kita.

4. Tarik perhatian Allah. Jemput rahmat Allah melalui mulakan menjaga amalan wajib. Solat 5 waktu saja tidak cukup, kalau boleh solat awal 5 waktu. Tambahkan dengan amalan-amalan sunat terutama Tahajud. 

Begini, amalan wajib tu umpama nasi. Amalan sunat tu pula umpama lauk - pauk. Persoalannya bagaimana rasanya bila makan nasi tanpa lauknya? Cer jawab.

Lihat saja surah Al Isra dan Muzammil, betapa Allah tidak sebut solat sunat nafilah atau sebagai ‘tambahan’ selepas solat fardhu melainkan bangun malam. Tunjukkan pada Allah, yang kita benar-benar mahu masalah kita selesai.

5. Banyak hutang, masalah rumahtangga, belum ada jodoh, belum ada rezeki anak, belum ada kerja dan bisnes down. Bangun Tahajud. Luahkanlah perasaan kita pada Allah ketika semua orang sedang tidur.

6. Jangan hanya baca doa yang kita hafal. Ajak berbicara dengan Allah dalam doa. Allah suka dengar hambaNya mengadu padaNya. Dia suka. “Ya Allah, saya ada itu dan ini..”

Ceritakan masalah kita dari awal. Seperti bercerita dengan kawan rapat. Luahkan semuanya.

7. Allah uji tanda sayang. Bila masalah datang, dan terlalu banyak sampai kita tak mampu nak buat apa-apa. Sebutlah, “Innalillahi wa innalillahi rojiun”.

Kita tak boleh buat apa-apa. Jawapannya adalah Redha. Ya redha dulu dengan apa yang dah berlaku. Redha kita dalam situasi tersebut. Kita bukan tuan apatah lagi Tuhan. Reda.

8. Nabi Sulaiman alaihi salam juga pernah alami situasi sejatuh-jatuhnya. Boleh rujuk kisahnya surah Sod ayat 33 hingga 36. Biasanya kita sering dengar orang sebut,

“Ya Allah, tolonglah bantu aku bayar hutang kali ni saja. Aku cuma nak hutang aku lunas.”

“Ya Allah, aku ada masalah besar. Lepaskan aku dari masalah ini ya Allah.”

SubhanaAllah, Nabi Sulaiman a.s ketika down, dia tak minta hanya selesaikan masalah dia saja. Kerajaan dia hilang. Justeru, Nabi Sulaiman a.s meminta pada Allah,

“Qala rabbi ighfir li wahab li mulkan la yanbaghi liahadin min ba’aadi innaka anta alwahhab.”

“Wahai Tuhanku! Ampunkanlah kesilapanku, dan kurniakanlah kepadaku sebuah kerajaan (yang tidak ada taranya dan) yang tidak akan ada pada sesiapapun kemudian daripadaku; sesungguhnya Engkaulah yang sentiasa Melimpah kurniaNya.”

Maksudnya, ketika ada masalah. Jangan bersedih, istighfar dan mintalah yang besar-besar dari Allah.

Contoh, “Ya Allah selesaikanlah masalah hutangku dan bagi aku kemampuan ya Allah untuk selesaikan masalah hutang orang lain.”

“Ya Allah aku redha dengan apa yang dah hilang, gantikanlah aku yang baru, yang jauh lebih baik dan ubahkanlah hidupku ya Allah.”

9. Sentiasa zikir “La haula quwwata billah”. Biasakan baca selawat. Ini kerana selawat akan meleraikan segala masalah. Amalkan selawat Syifa dan Tafrijiyyah.

10. Jumpalah orang yang soleh. Minta nasihat dari mereka. Orang yang baik ada cahaya dalam percakapannya. InshaAllah akan buat hati kita tenang bila dekat dengan orang yang dekat dengan Tuhan.

11. Minta maaflah. Rendahkan ego kita tu untuk minta maaf jika ada buat salah pada manusia terutama pada emak ayah. Salam dan ciumlah tangan dan dahi mereka, minta doakan kita.

12. Bersedekahlah. Ya sedekah. Semakin banyak masalah, semakin perlu banyak kita bersedekah. Allah akan menggantikan hingga 10 kali lipat. Sekaligus menjaga kita dari bala musibah.

13. Hidup ini untuk menyelesaikan masalah. Life is to solve problem. Itulah kata-kata mutiara barat, tapi kita ubah sikit, “Hidup ini untuk menyelesaikan ujian.” Kita gantikan perkataan masalah kepada perkataan ‘ujian’.

Masalah itu adalah ujian, tapi ujian bukan masalah. Ini kerana kita tahu segala ujian datang dari Allah.

14. Iringi masalah kita dengan taat pada Allah dulu. Mula jaga Quran. Baca dan fahami. Sekaligus praktikkan dalam hidup kita. Kuncinya adalah, “Semakin banyak masalah, semakin taat pada Allah.”

15. Tenangkan hati dulu dengan ingat pada Allah. Selepas itu baru usaha dan ikhtiar. Imbas semula kesusahan kita yang lepas, kita sangka kita tak dapat lepas ujian itu tapi ternyata hari ini kita masih hidup.

Allah selamatkan kita. Yakinlah, kali ini juga Allah pasti selamatkan kita. Bersyukur bila ada masalah, Allah masih sayang kita dan mahu mengangkat darjat kita.

#SebarkanKebaikan
#mogabermanfaat
.
.
.
🍀  Nak DafTaR baRu/PerbaHarui siJil SsM, siJil MoF, siJil CIdB, inSurAn, rOadTaX dlll (pM adMin ye 🥰). 

✔ Anda sibuk ??
✔ Tiada masa untuk queue lama??
✔ Malas nak serabut??
✔ Nak cepat, segera, pantas??
✔ ComBo jiMat MasA & jiMat MinYak 🤑🤑 

Jom kami bantu 😊 

Boleh terus klik ni ye 👇👇 

📲 https://bit.ly/NakTanyaDaftarNiaga
📲 https://bit.ly/NakTanyaDaftarNiaga
📲 https://bit.ly/NakTanyaDaftarNiaga
.
.
🍀  Nak belajar mengaji secara one-to-one secara 'private'. Tak sempat nak mengajar anak mengaji. Nak mengaji tetapi tidak tahu di mana nak mula...

Jom kami bantu 🥰🥰🥰

Terus klik link untuk dapatkan butiran lanjut 🌹

✏https://bit.ly/NakLaHidayahHomeTutor
✏https://bit.ly/NakLaHidayahHomeTutor
✏https://bit.ly/NakLaHidayahHomeTutor
.
.
.

*" One Stop Solutions For All "*


No comments:

Post a Comment

Generasi yang dibinasakan

Tidakkah mereka memerhatikan berapa banyak generasi sebelum mereka  yang telah KAMI binasakan, padahal (generasi itu) telah KAMI teguhkan ke...