Saturday, January 09, 2021

Di Manakah KIBLATmu

Coretan #bahtera 09.01.2021

Di manakah KIBLAT kawan2 semua sebenarnya.??

Cer jawab dulu...nak jawab tu tanya pada diri dulu ikut Islam yang Rasulullah SAW bawa ka ikut Islam Baka tu..

Berkaitan dengan kiblat, kiblat kaabah tu dikatakan kiblat syariat. Oleh kerana syariat itu tidak boleh ditinggalkan, maka wajiblah menghadapkan wajah kita kearah Kaabah terlebih dahulu ketika solat. 

Dan oleh kerana solat itu amalan zahir dan batin, maka wajib jugalah mengalihkan kiblat zahir kepada kiblat batin ( Baitillahmukmin ) ketika solat dengan memandang wajah Allah .

Dapatkah kawan2 memandang wajah Allah selam hidup nie ?

Bagaimanakah rupanya ?

Sudahkah kawan2 melihat dan bertemu dengan Allah tu ? 

Jika belum maka bagaimana hendak menghadapkan kepada wajah Allah ?

Jelaslah ianya tidak mungkin dapat dilakukan sebagaimana yang fakir kata hanya orang gila sahaja akan bertekad hendak mengenal Allah..sebab Allah itu memang tidak dapat dikenal apalagi hendak menatap wajahnya.

Maka kembalilah kepada sambungan hadith Awaluddin makrifatullah ..yakni 

*Man Arafa Nafsahu Faqad Arafa Rabbahu. Wa man arafa rabbahu fasadal jasad.*

Barangsiapa Kenal Akan Dirinya, Kenallah Allah akan Dia. Barangsiapa Kenal Allah, binasalah sekalian jasad.

Awal2 agama itu ialah mengenal Allah. Untuk kenal Allah kenalah kenal Sifat Allah yakni DIRI atau Nyawa. Bila sudah kenal binasalah jasad dan yang tinggal hanya nyawa. 

Binasa tu bukan dari segi fizikal tetapi binasa dari segi tauhidnya atau imannya atau rasa dihatinya, yakni bukanlah jasad yang hidup dan berbuat tetapi nyawalah yang hidup dan yang berbuat.

Nyawa itu pula ialah kembarnya jasad. Yang kembar adalah serupa dalam segala hal. Maka wajah siapakah yang saudara pandang atau hadapkan muka ketika solat ?

Tentulah wajah sendiri yakni seperti mana rupa muka zahir dicermin, ada terlihat muka yang lain ka tu.

begitu jugalah rupa muka batin / nyawa Cuma ianya amat bercahaya sebab ianya NUR milik Allah.

Maka yang kawan2 wajar tilik atau pandang itu ialah wajah sendiri.

Sekian , pemahaman si-fakir . 

Pemahaman kawan2 bagaimana pula ???

Belajar sesuatu?? Cer share. Mana jenis yang keras2 tu kena turunlah dari BAHTERA. Sebelum jujur dengan ilmu, jujur dulu pada diri. Permulaan sesuatu ilmu adalah adab.
.
.
.
🍀  Nak DafTaR baRu/PerbaHarui siJil SsM, siJil MoF, siJil CIdB, inSurAn, rOadTaX dlll (pM adMin ye 🥰). 

✔ Anda sibuk ??
✔ Tiada masa untuk queue lama??
✔ Malas nak serabut??
✔ Nak cepat, segera, pantas??
✔ ComBo jiMat MasA & jiMat MinYak 🤑🤑 

Jom kami bantu 😊 

Boleh terus klik ni ye 👇👇 

📲 https://bit.ly/NakTanyaDaftarNiaga
📲 https://bit.ly/NakTanyaDaftarNiaga
📲 https://bit.ly/NakTanyaDaftarNiaga
.
.
🍀  Nak belajar mengaji secara one-to-one secara 'private'. Tak sempat nak mengajar anak mengaji. Nak mengaji tetapi tidak tahu di mana nak mula...

Jom kami bantu 🥰🥰🥰

Terus klik link untuk dapatkan butiran lanjut 🌹

✏https://bit.ly/NakLaHidayahHomeTutor
✏https://bit.ly/NakLaHidayahHomeTutor
✏https://bit.ly/NakLaHidayahHomeTutor
.
.
.

*" One Stop Solutions For All "*

No comments:

Post a Comment

Generasi yang dibinasakan

Tidakkah mereka memerhatikan berapa banyak generasi sebelum mereka  yang telah KAMI binasakan, padahal (generasi itu) telah KAMI teguhkan ke...