Saturday, December 03, 2016

30 Pesanan Imam Syafie..



 1↪ Tuntulah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjaga & membuat kamu cemerlang dunia & akhirat.
 2↪ Perbanyak menyebut Allah daripada menyebut makhluk. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut dunia.
 3↪ Pilih makanan halal kerana ia menjamin kesihatan dan menyebabkan syaitan gerun.
 4↪ Sabar menghadapi musibah adalah sebesar-besar erti sabar.  Bala & musibah menunjukkan adanya perhatian & kasih sayang Allah swt.
 5↪ Apabila salah seorang di antara kaum kerabat @ jiran & saudaramu sakit, kamu perlu ringankan langkah menziarahinya kerana ia disaksikan oleh malaikat & dicintai Allah swt.
 6↪ Marah adalah salah satu antara panah-panah syaitan yang mengandungi racun.  Hindarilah supaya kamu dapat menewaskan syaitan & bala tenteranya.
 7↪ Kasihanilah anak yatim kerana Rasulullah juga tergolong sebagai anak yatim & beliau akan bersama dengan orang yang menyayangi & mengasihi anak-anak yatim.
 8↪ Berbuat baik & tunjukkan bakti kepada ibu bapa tanpa mengenali letih & lelah sebagaimana mereka berbuat begitu sepanjang hayat mereka.  Ia dapat menambah keberkatan umur, menambah rezeki & keampunan atas dosa-dosa.
 9↪ Banyakkan amal soleh kerana ia pendinding & perisai orang mukmin serta pelindung serangan iblis.
10↪Taqwa adalah pakain kebesaran & hiasan akhlak muslim sebenar.
11↪Iman mempunyai benteng bagi menghalang segala serangan.  Bagi menguatkan iman, ia perlu dibajai dengan 5 perkara ❤ YAKIN ❤ IKHLAS ❤ MENGERJAKAN AMALAN SUNAT ❤ ISTIQAMAH ❤ DISPLIN MENGERJAKAN IBADAH ❤
12↪Ingat & zikir kepada Allah swt sebanyak mungkin kerana ia mengubati penyakit jasmani & hati. Dapat mencetuskan keyenangan hidup & qanaah.
13↪Khusyuk secara zahir adalah khusyuknya orang awam. Khusyuk secara batin adalah khusyuk orang pilihan di sisi Allah swt.
14↪Kubur adalah perhentian sementara bagi membolehkan ke satu perhentian lagi yang penuh dengan soal siasat.  Oleh itu siapkanlah jawapan yang adil & benar menerusi amal yang benar & taat kepada al-haq tanpa berbelah bagi.
15↪Perlu sentiasa memohon perlindungan Allah swt. Perlu sabar dengan serangan syaitan kerana Allah swt hendak menguji keteguhan sabar & melihat ketulenan jihad kita.  Perang dengan syaitan adalah lebih hebat daripada perang sabil.
16↪Sebesar-besar kebaikan adalah mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam dirimu sendiri.
17↪ Hati adalah raja dalam diri.  Lurus & betulkan ia supaya empayar kerajaan dirimu tegak di atas al-haq yang tidak disertai oleh iringan pasukan kebatilan.
18↪ Istighfar yang diucapkan dengan betul mampu membuat syaitan lari ketakutan & menggoncang empayar iblis di istana kerajaannya.
19↪Sebesar-besar kesenangan di dunia & akhirat adalah memberi maaf kepada orang lain & melupakan terus kesalahannya.  Allah pasti meninggikan darjatnya di sisi manusia.
20↪Tafakurlah sebelum tidur bagi menghisab diri atas salah silap di siang hari.
21↪Sesiapa yang mahu meninggalkan dunia dengan selamat, dia perlu mengamalkan ❤ kurangkan tidur ❤ kurangkan makan ❤ kurangkan bercakap ❤ berpada-pada dengan rezeki yang ada.
22↪Kamu seorang manusia yang dijadikan dari tanah & kamu juga akan disakiti (dihimpit) dengan tanah.
23↪Sesiapa yang menjalinkan ukhuwah & menghidupkannya maka dia memperoleh banyak kebaikan.
24↪Allah menjanjikan kepada orang yang beriman mereka akan ditinggikan darjat & diberi kemuliaan selagi mereka menunaikan perintah Allah swt.

Bersambung......................

Jaga Hati ........Keampunan dariMu






 " Bila hatiku keras degil
    dan kemahuanku menjadi sempit
    Aku jadikan keampunan Engkau sebagai harapan
    Dosaku semakin besar
    tetapi keampunan Engkau lebih besar
    Engkau pemilik keampunan
    dan masih tetap mengampunkan
    Jika Engkau tidak izinkan
    Iblis tidak dapat menggoda
    Adam hambaMu yang suci
    sampai dia boleh diperdayakannya
    Ampuni aku wahai Tuhanku "

Ber Musafir Ber Kelana

Pergilah bermusafir dengan penuh keyakinan....

➤ Pasti kamu memperoleh semula segala apa yang kamu belanjakan.
➤ Hidup pasti terasa nikmnat selepas bekerja keras & kuat berusaha ketika di tempat orang.

❤ Tasik yang tenang dan tidak mengalirkan airnya akan membusuk & menjadi mati ❤
❤ Singa di hutan hanya dapat membaham mangsanya apabila keluar dari sarangnya ❤
❤ Anak panah tidak akan mengenai sasaran sekiranya tidak dilepaskan dari busurnya ❤



Pergilah musafir mencari kemuliaan.............  Kerana dalam pengembaraan itu ada 5 kelebihan...

 ✏ Menghilangkan kesedihan
 ✏ Membina penghidupan baru
 ✏ Memperoleh ilmu
 ✏ Menguatkan jiwa
 ✏ Bergaul dengan ramai manusia pelbagai perangai & ragam


Pelajari AL Quran


" Sesiapa yang mempelajari Al-Quran ~ Besar harga dirinya "
" Sesiapa yang mempelajari hadis ~ Tinggi martabatnya "
" Sesiapa yang mempelajari bahasa ~ Lembut hatinya "
" Sesiapa yang mempelajari ilmu hisab ~ Tajam pandangannya "
" Sesiapa yang tidak memelihara dirinya ~ Tidak bererti ilmunya "


** Imam yang benar/ms 477 **

Punca Penyakit

3 perkara yang boleh memudaratkan manusia :-

1) Minum minuman keras
2) Terlalu banyak melakukan persetubuhan
3) Terburu-buru memasukkan makanan ke dalam mulut yang masih penuh

Penyakit berpunca dari perut, Kerana itu jagalah perut.

** Imam Yang Benar/ ms 475 **


Generasi yang dibinasakan

Tidakkah mereka memerhatikan berapa banyak generasi sebelum mereka  yang telah KAMI binasakan, padahal (generasi itu) telah KAMI teguhkan ke...