Wednesday, April 29, 2015

PAMPERING OUR CHILDREN....

Apa yang dimaksudkan dengan "terlalu memanjakan" anak? Memeluk anak dengan kasih sayang tidak sama dengan memanjakan anak. Begitu juga, memuji, bergurau senda dengan anak serta menyelami/memahami perasaan mereka tidak termasuk dalam maksud "terlalu memanjakan" mereka.
Memanjakan anak  adalah apabila kita melakukan sesuatu perkara untuk mereka sedangkan perkara tersebut mereka sendiri boleh lakukan. Anak-anak dilahirkan dan dibekalkan dengan sifat dan keinginan untuk berdikari. Keinginan ini mula terserlah pada usia lebih kurang dua tahun. Bagi ibu bapa yang mempunyai anak pada usia ini (toddler) tentu sudah biasa dengan perlakuan anak yang ingin memakai pakaian sendiri, mandi sendiri, makan sendiri dan sebagainya.
"Mama, Lina nak tolong mama masukkan pakaian ini ke dalam mesin basuh. Lina nak basuh pakaian Lina sendiri" kata Lina yang berusia 5 tahun.
"Lina kecil lagi untuk basuh baju sendiri. Nanti mama basuhkan. Lina pergi main" balas ibu Lina.
Apabila Lina meningkat remaja, ibunya mengeluh apabila Lina tidak betah membasuh pakaiannya sendiri.
"Lina, tolong ibu masukkan pakaian kotor ke dalam mesin basuh"
"Ala ibu..Lina sedang main komputer ni.."
Ibu bapa biasanya melakukan sesuatu perkara untuk anak kerana mereka tidak sabar atau tidak ada masa. Untuk memasukkan pakaian ke dalam mesin basuh bagi anak yang berusia 5 tahun tentu mengambil masa. Ibu bapa tidak mempunyai masa yang panjang untuk mengajar dan melatih mereka. Lebih cepat dan mudah jika ibu bapa sendiri yang melakukannya. Ibu bapa juga bimbang anak-anak tidak melakukannya dengan betul dan sempurna. Ibu bapa tidak yakin, anak pada usia 5 tahun mampu membasuh pakaian dengan sempurna. Memang tidak sempurna sebab itulah ibu bapa harus menunjukkan caranya dan biar anak-anak berlatih. Practice makes better. Bantu dan buatlah bersama anak-anak sehingga mereka berkemampuan untuk melakukannya sendiri. Ini akan mengambil masa dan kita mengharapkan kesan jangka panjang. Kita perlu memberi peluang kepada anak-anak dan mendidik mereka untuk menjadi seorang yang berkeupayaan dan bertanggung jawab.
♻ sharing is caring ♻

Sunday, April 12, 2015

RAHSIA SURAH A-FATIHAH


Rahsia Surah Al-Fatihah

(1 )  – AL-FATIHAH Baca 14 kali sebelum tidur : Suami dan anak-anak akan mengingati kita selalu


(2) – AL-FATIHAH Baca 41 kali tiup dalam air dan minum serta buat air mandian: Melepaskan rasa sakit dalaman

(3) – AL-FATIHAH Baca 7 kali dan usap di kepala setiap pagi dan sekali sebelum tidur. Kepada orang berpenyakit mental

(4) – AL-FATIHAH Baca 3 kali tiup dalam segelas air minum dan baca sambil mengusap kawasan yang rasa sakit.Sakit yang keterlaluan

(5) – AL-FATIHAH Baca 7 kali dan sapu /usap ke atas kepala bayi yang suka menangis pada malam hari atau pada bila-bila masa

(6) – AL-FATIHAH Baca 3 atau 7 kali, gunakan ibu jari dan tekan di langit-langit, (Mulut) kemudian sapu kepada tempat yang sakit ; Luka berdarah, sengat lebah, jari terkepit di pintu

* BACALAH DALAM KEADAAN KHUSYUK, TAWAKAL KEPADA ALLAH DAN NIATLAH DENGAN JUJUR, INSYA-ALLAH IANYA MERUPAKAN PENAWAR YANG TERBAIK KEPADA SEMUA

Tulis “ SUBHANALLAH ” Jika Menurut Akhy & Ukhty Percaya Akan besarnya Manfaat Surat Al-Fatihah.

Rasulallah s.a.w bersabda :”Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu sahaja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

Subhanallah

Semoga kita dapat mengambil pengetahuan bermanfaat yang bernilai ibadah lewat tulisan ini dan mengamalkan dalam kehidupan seharian. Amin

💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮💮

Generasi yang dibinasakan

Tidakkah mereka memerhatikan berapa banyak generasi sebelum mereka  yang telah KAMI binasakan, padahal (generasi itu) telah KAMI teguhkan ke...