Kuala Lumpur: Bantuan Kematian RM2,500 yang diberikan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada penama atau waris pencarum yang meninggal dunia bukan secara automatik, sebaliknya berdasarkan permohonan.
Bantuan juga bukan diambil daripada simpanan pencarum, sebaliknya hasil keuntungan pelaburan KWSP sebagai ihsan membantu meringankan beban penama atau waris.
Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat KWSP, Ahmad Fauzi Kamarudin, berkata penama atau waris pencarum yang sudah meninggal dunia perlu memohon bantuan berkenaan dalam tempoh enam bulan selepas kematian bagi membolehkan bantuan diberikan.
Tidak benar dakwaan kononnya KWSP tidak memberikan bantuan. Kami tidak tahu pencarum meninggal dunia jika penama atau waris tidak membuat permohonan dengan mengemukakan bukti seperti sijil kematian” Ahmad Fauzi Kamarudin, Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat KWSP
“Tidak benar dakwaan kononnya KWSP tidak memberikan bantuan. Kami tidak tahu pencarum meninggal dunia jika penama atau waris tidak membuat permohonan dengan mengemukakan bukti seperti sijil kematian.
*Pewaris kena mohon *
“Bantuan itu adalah ihsan KWSP. Oleh itu, kami minta penama atau waris pencarum datang ke pejabat KWSP untuk membuat permohonan dengan membawa bukti kematian,” katanya kepada BH semalam.
Beliau mengulas dakwaan pihak tertentu yang disebarkan melalui SMS dan laman sosial kononnya KWSP ‘menyembunyikan’ wang berkenaan daripada penama atau waris pencarum yang sudah meninggal dunia.
*KWSP letak syarat*
Bagaimanapun, KWSP turut meletakkan syarat, bantuan hanya diberikan hanya jika pencarum meninggal dunia sebelum usia 55 tahun.
Selain itu, jika waris pencarum didapati tidak layak menerima bantuan berdasarkan syarat ditetapkan, wang berkenaan akan diagihkan kepada semua pencarum KWSP dalam bentuk dividen.
Sehubungan itu, beliau meminta pencarum merujuk kepada KWSP jika menghadapi kemusykilan berhubung caruman dan tidak mempercayai dakwaan dipercayai sengaja disebarkan pihak tertentu.
Maklumat lanjut mengenai KWSP boleh diperoleh di http:www.kwsp.gov.my
MAGNET REZEKI HIMPUNAN E BOOK, E BUKU, E LEARNING, E BELAJAR SERENDAH RM5 SAHAJA
Friday, December 27, 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)
Generasi yang dibinasakan
Tidakkah mereka memerhatikan berapa banyak generasi sebelum mereka yang telah KAMI binasakan, padahal (generasi itu) telah KAMI teguhkan ke...
-
Coretan #bahtera 09.01.2021 Di manakah KIBLAT kawan2 semua sebenarnya.?? Cer jawab dulu...nak jawab tu tanya pada diri dulu iku...
-
Assalamualaikum sahabat #rizqlegacy yang dikasihi sekalian. Sertai secara PERCUMA ilmu emas untuk kebahagiaan masa hadapan anda. Scan kod di...
-
Nabi Ayyub as adalah seorang utusan Allah yang semulajadi kaya dan sehat wal afiat. Namun, Allah Swt sebagai yang Maha Berkehendak jelas ber...