Friday, August 17, 2012

Du'a for anak2....

Ya Allah ya tuhanku lindungilah anak2 ku drp segala perbuatan khianat, jahat & maksiat.  Kau peliharalah mereka daripada segala kemungkaran.  Berkatilah hidup mereka di dunia & di akhirat.  Permudahkanlah segala urusan mereka dalam apa jua yang mereka lakukan.  Mereka anak2 yang baik ya Allah. Moga mereka menjadi anak2 yang soleh & solehah serta bertaqwa kepadamu, menjalankan segala suruhan & menjauhi segala larangan. . . . Amin ya rabbal 'alamin.

Monday, August 13, 2012

Emotion :'(

An emotional morning today.
My kid refuse to go to his school. He keep asking why is it only had 2 days for holiday but have to go to school for 5 days.  I told him there are only 7 days a week, that is why he got only 2 days for his rest.  Seems like he still unsatisifying & refusing to go to school.
What to do??
Keep crying. . .
No ummi, i want to be with you only. . .
I don't want to go to school. . .
I need additional off day. . .
I feel uncomfortable. . .
Please. . .ummi, want you only. . .
(what a dramatic morning)
"Dear son,
You have only a week for schooling,then there will be long holidays for you. Just be patient. ." Try to persuade. . "Thus, if you refuse to go to school, ummi will send you to kafa. . I don't think you will agree. . ."
Keep crying. . . Arghhh!!!!!

Sunday, July 22, 2012

ANOTHER ARTS FROM KAKAK

This fasting month no need to cook early.  Wish to clear each part of the house. Planning to change the curtains & collect all unuse things apart.  Found this!!! Just to share, make me think be the most valuable to my children. Alhamdulillah, thanks Allah for d' nikmat :)


Wednesday, July 18, 2012

SETULUS KASIH. . . . . ANAK

This scatch is originally from my kids.  Coming back from outstation just for a day, bukan lama pun. A step forward received this note from my kids. . .
Kids : Umi, we have something for you. . . :)
A bit surprise actually.
Me :  Ok. . .what is it dear?
Kids : we did this just for you.
Me : thank you sayang. . .bila buat?
Kids : once you are not around. . .we really miss you. Please dont left us again.
Uwaa. , cam nak nangis plk . . .cover, cover, cover.
Just a glance thinking, how is it if b'g out for a week?
Now,they will cry for me. . .time goes by i will cry for them. . . Cannot accept that. . .
Just that, HARGAI ANAK-ANAK ANDA. . .
* Penuhkan diri anak-anak dengan ilmu agama
* Berikan sepenuh kasih sayang selayaknya
* Selalu mendoakan kebaikan untuk anak-anak
* Selebihnya serahkan kepada Allah swt.
Just a reminder.

Thursday, July 12, 2012

Tanggungjawab Suami & Isteri

Tanggungjawab Suami
  * Menyediakan mahar untuk isteri.
  * Menyediakan tempat tinggal untuk isteri dan anak - anak.
  * Memberi nafkah, makanan dan minuman, pakaian, alat - alat keperluan dan sebagainya mengikut yang perlu.
  * Memberi nafkah batin dan layanan baik kepada isteri.
  * Adil kepada isteri - isteri sekiranya berpoligami.
  * Memberi didikan agama sekiranya isteri tidak mengetahui atau tiada pengetahuan terutama tentang soal - soal ibadat dalam fardu ain.
  * Tidak mendedahkan sebarang keaiban atau rahsia rumah tangga kepada orang lain yang boleh menjatuhkan maruahnya.
Tanggungjawab Isteri
  * Mentaati suami dalam sebarang perkara yang tidak mendatangkan kemungkaran atau maksiat kepada Allah.
  * Memelihara kehormatan diri dan maruah suami.
  * Memelihara harta benda suami, menguruskan rumah tangga, serta mendidik anak dengan sempurna.
  * Tidak membenarkan orang yang tidak disenangi oleh suami masuk ke rumah.
  * Tidak keluar rumah tanpa mendapat keizinan daripada suami.
  * Merendahkan suara bila berkata - kata dengan suami.
Sumber:

Jadilah suami mithali, bayar nafkah isteri dan anak - Rencana - Sinar Harian

Friday, May 04, 2012

Membahagiakan ibu bapa

Setiap anak wajib berbakti dan mentaati ibu bapa bertujuan membahagiakan kehidupan mereka melalui hari tua. Ajaran Islam meletakkan ibu bapa pada kedudukan yang mulia. Banyak bakti yang boleh dilakukan kepada ibu bapa. Bakti itu dalam bentuk material dan hubungan kasih sayang. Ini bersesuaian dengan fizikal ibu bapa yang semakin uzur dan memerlukan lebih perhatian. Terdapat sekurang-kurangnya 10 bakti perlu dilakukan setiap anak terhadap ibu bapa. 1.Memberi nafkah. Terdapat ibu bapa yang berdepan dengan masalah kewangan. Mereka tidak dapat lagi melakukan tugas seharian disebabkan faktor usia. Kalaupun berkerja, tetapi tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat. Justeru menjadi tanggungjawab anak memberi nafkah atau bantuan kewangan kepada ibu bapa. Sumbangan itu tidak seberapa berbanding yang dibelanjakan ibu bapa untuk membesar dan mendidik anak. 2.Menyediakan tempat tinggal. Dalam kes ibu bapa yang hilang tempat tinggal, atau tidak sesuai untuk didiami, adalah menjadi tanggungjawab anak menyediakan tempat tinggal yang lebih sesuai kepada ibu bapa. Paling baik jika ibu bapa dibawa tinggal bersama agar dapat menjamin keselamatan dan keperluan harian mereka diuruskan dengan baik. 3.Memberi kasih sayang. Kasih sayang adalah sebagai membalas kasih sayang yang selama ini telah dicurahkan ibu bapa. Kasih sayang ibu dan bapa tidak pernah padam terhadap anaknya. Jadi seharusnya kasih sayang itu dibalas dengan sebaik-baiknya. Anak yang baik tidak melupai jasa dan kasih sayang kedua ibu bapa. Anak soleh sentiasa memohon kepada Allah agar ibu bapa mereka diberkati dan dicucuri rahmat. Firman Allah bermaksud: ?Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku ketika kecil.? (Surah al-Isra, ayat 24). 4.Memberi perhatian. Ibu bapa yang diabaikan akan merasai kesunyian. Mereka terasa disisih dan dan seperti tidak diperdulikan. Hal ini memberi tekanan perasaan dan menyebabkan kemurungan. Keadaan ini jika berterusan memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental ibu bapa. Penerapan amalan memberi perhatian terhadap ibu bapa perlu disemai, dibajai serta disuburkan dalam kehidupan masyarakat kita. Kes anak yang membuang ibu bapa semakin meningkat. Anak memandang jijik terhadap ibu bapa sendiri. Banyak ibu bapa yang disisihkan dan dihantar ke rumah rumah penjagaan orang-orang tua. Sukar diterima akal anak mendakwa tidak mampu menjaga ibu bapa. Sedangkan, ibu bapa mampu menjaga dan membesarkan beberapa orang anak. 5.Memenuhi permintaan. Ibu bapa seringkali memerlukan bantuan anak untuk melaksanakan sesuatu keperluan. Permintaan itu mungkin dalam bentuk kewangan, tenaga dan masa. Memenuhi permintaan ibu bapa perlu diutamakan berbanding melakukan tugas lain. Sesungguhnya, memenuhi permintaan ibu bapa lebih baik berbanding melakukan ibadat sembahyang sunat, berpuasa sunat, dan seumpamanya. Malah keutamaan berbakti kepada ibu bapa lebih utama berjihad di medan perang. Diriwaytkan daripada Bukhri dan Muslim, Ibnu Umar berkata: Saya telah bertanya kepada Nabi Muhammad: Apakah perbuatan disukai oleh Allah? Lalu baginda bersabda: Sembahyang pada waktunya. Kemudian apa? tanya saya lagi. Baginda menjawab: Berbakti kepada kedua ibu bapa. Saya bertanya: Apa lagi. Jawab baginda: Berjihad pada jalan Allah. 6.Melakukan apa yang disukai. Ibu bapa sudah tentu mengharapkan anaknya melakukan sesuatu yang baik pada pandangan mereka. Melakukan perkara yang tidak sukai ibu bapa bermakna melakukan perbuatan derhaka. Anak derhaka kepada ibu bapa tidak mendapat keberkatan dalam kehidupannya. Sesiapa derhaka kepada ibu bapa disegerakan balasan di dunia dan tidak terlepas di akhirat. Sabda Rasulullah bermaksud: Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia ialah zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa.(Hadis riwayat Tirmizi). Dalam hadis lain diriwayatkan al-Hakam bermaksud: Semua dosa akan ditangguhkan Allah, yakni balasan menurut kehendak-Nya hingga ke hari kiamat, kecuali balasan menderhaka kepada kedua ibu bapa. Maka sesungguhnya Allah menyegerakan balasan kepada pelakunya pada masa hidupnya sebelum mati. 7.Bercakap dengan lemah lembut. Satu cara menjaga perasaan ibu bapa ialah bercakap lemah lembut dengan mereka. Suara hendaklah direndahkan dan jangan membantah permintaan mereka. Firman Allah bermaksud: Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya, atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata cis! terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut. (Surah al-Israk, ayat 23). Sesungguhnya, anak ditegah membantah kata-kata ibu bapa dengan suara tinggi atau bermaksud merendahkan kedudukan ibu bapa. Lebih baik berdiam diri daripada berkata-kata yang mungkin menyinggung perasaan ibu bapa. Kemudian jika ada kesempatan, gunakan cara yang lembut untuk menjelaskan keadaan sebenar. 8.Menghadiahkan kejayaan. Ibu bapa sentiasa mengharapkan kejayaan anak mereka. Anak hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan agar dapat dikongsi kegembiraannya bersama-sama dengan ibu bapa. Jadi, jika memperoleh kejayaan dalam pelajaran, mendapat pekerjaan, dinaikkan pangkat dan seumpamanya, seharusnya dimaklumkan kepada ibu bapa. Ibu bapa dibawa bersama-sama dalam majlis untuk meraikan kejayaan itu. 9.Meluangkan masa bersama-sama. Anak yang tinggal berasingan dengan ibu bapa perlu kerap meluangkan masa mengunjungi ibu bapa. Ibu bapa berasa senang menerima kunjungan dan menatap wajah anaknya. 10.Mendoakan kebaikan untuk ibu bapa. Anak perlu sentiasa mendoakan kebaikan untuk ibu bapanya. Amalan mendoakan kebaikan untuk ibu bapa perlu diteruskan biarpun ibu bapa telah meninggal dunia. Sabda Rasulullah bermaksud: Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah segala amalannya, melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi kebaikan diajarkan kepada orang lain dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada kedua ibu bapanya. (Hadis riwayat Muslim). Kebaikan dilakukan anak terhadap ibu bapa sebenarnya amat kecil Anak tidak mampu untuk membalas jasa ibu bapa sepenuhnya biarpun dia berbakti sepanjang hayatnya. Gunakan kesempatan yang ada untuk melakukan bakti terhadap ibu bapa sebaik mungkin. Masa untuk anak berbakti kepada ibu bapa sebenarnya semakin suntuk. Lambat laun ibu bapa akan meninggal dunia. Bertindaklah sebelum terlambat, selagi ibu bapa atau salah seorangnya masih hidup.   Sepemergian mereka hanya doa dari anak-anak yang soleh dan solehah yang mengiringi mereka.

Friday, March 16, 2012

Apa itu Istihadah?





oleh: Husna Hassan

Pada umumnya, darah yang keluar dari rahim wanita dianggap darah haid kerana lazimnya mengalir mengikut putaran bulanan. Namun selain itu terdapat faktor-faktor lain yang menyebabkan darah itu keluar tidak mengikut putarannya, maka ia dianggap darah istihadah.

Apakah itu darah istihadah? Istihadah ialah darah yang keluar bukan pada waktu haid dan juga bukan dalam tempoh nifas. Menurut Syeikh Muhammad bin Saleh al-Uthaimin, istihadah ialah darah yang keluar terus-menerus pada seorang wanita tanpa henti sama sekali atau berhenti sebentar dalam sebulan.
Daripada takrif yang dikemukakan di atas, terdapat dua keadaan istihadah iaitu:

Keadaan pertama: darah yang keluar tanpa henti-henti.

Keadaan kedua: darah tidak keluar berterusan, sebaliknya berhenti seketika dan keluar semula.

Terdapat sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Aisyah r.ha. bahawa Fatimah binti Abu Hubaisy berkata kepada Rasulullah s.a.w: “Ya Rasulullah, sungguh aku ini tak pernah suci, apakah aku perlu meninggalkan solat?” Rasulullah s.a.w. menjawab: “Tidak, itu adalah darah penyakit. Namun tinggalkan solat sebanyak hari yang biasanya kamu haid sebelum itu, kemudian mandilah dan lakukan solat.” (Riwayat al-Bukhari)

Manakala riwayat daripada Hamnah binti Jahsy, ketika datang kepada Rasulullah s.a.w., dia berkata: “Ya Rasulullah, sungguh aku sedang mengalami istihadah yang deras sekali.” (Riwayat al-Bukhari, Ahmad, Abu Daud dan al-Tirmizi)

Bagaimana Mengenali Istihadah

Masih ramai wanita terutamanya remaja yang masih keliru dalam membezakan antara darah haid dengan istihadah. Jadi, bagaimana hendak membezakan antara kedua-dua jenis darah ini? Berikut adalah empat keadaan istihadah:
1. Darah yang keluar kurang daripada had masa minimum haid iaitu sehari semalam.
2. Darah yang keluar melebihi had masa maksimum haid iaitu 15 hari.
3. Keluar darah sebelum umur minimum haid iaitu sebelum berumur 9 tahun.
4. Darah yang keluar lebih daripada tempoh maksimum nifas iaitu 60 hari.

Keadaan Wanita Mustahadah 

Dr. Abdul Karim Zaidan membahagikan keadaan wanita mustahadah kepada empat seperti jadual di bawah (turut disertakan ialah cara-cara menentukan sama ada itu darah haid atau istihadah):

Keadaan
Haid
Kaedah Menentukan Sama Ada Darah yang Keluar Haid Atau Istihadah
Tamyiz (Membezakan)
Adat
Pertama
Dapat membezakan antara darah haid atau bukan.
Tidak ada kebiasaan tertentu bagi waktu haid.
Tamyiz iaitu dengan membezakan warna darah. Darah yang berwarna gelap, pekat dan berbau dianggap darah haid. Sebaliknya darah yang berwarna kekuningan, cair dan tidak berbau dianggap istihadah.
Kedua
Tidak dapat membezakan antara darah haid atau bukan.
Mempunyai kebiasaan waktu tertentu bagi haid.
Mengikut jumhur fuqaha, waktu istihadah dikira menggunakan kaedah adat. Sekiranya kebiasaan haidnya ialah 7 hari, maka hari ke-8 adalah istihadah.
Ketiga
Tidak dapat membezakan antara darah haid atau bukan.
Tidak ada kebiasaan tertentu bagi waktu haid.
Maka cara menentukannya ialah berdasarkan adat kebiasaan wanita lain. Menurut Syeikh Uthaimin, wanita tersebut boleh mengikut kebiasaan haid wanita yang mempunyai fizikal atau umur yang hampir sama dengannya, wanita yang mempunyai hubungan kekeluargaan yang dekat atau lain-lain pertimbangan.
Keempat
Dapat membezakan antara darah haid atau bukan.
Mempunyai kebiasaan waktu tertentu bagi haid.
Mesti menggunakan kedua-dua kaedah iaitu tamyiz dan adat sekiranya darah yang memenuhi ciri-ciri darah haid keluar dalam tempoh biasa haid, sekiranya boleh diguna kedua-dua kaedah tersebut.
Namun sekiranya adat dan kebiasaan tidak selari, maka menurut mazhab Hanbali, ada 2 pendapat:
1. Tamyiz diutamakan.
2. Adat lebih diutamakan.


Hukum-hukum Istihadah

Memandangkan istihadah bukan darah haid dan dianggap darah penyakit, maka hukum istihadah tidak menyamai hukum haid. Wanita yang mengalami istihadah tidak perlu mandi wajib. Mandi hanya perlu setelah tamat tempoh haid.
Bagi wanita yang berada dalam keadaan istihadah juga, mereka tetap wajib menunaikan solat seperti biasa. Namun mereka perlu berwuduk bagi setiap kali solat yang hendak ditunaikan. Ini berdasarkan saranan Rasulullah s.a.w. dalam sabda Baginda yang bermaksud: “Kemudian berwuduklah kamu setiap kali hendak solat.” (Riwayat al-Bukhari)

Perlu diingat bahawa wanita mustahadah perlu berwuduk untuk satu solat, bukan satu wuduk untuk dua solat. Ini bermakna, wanita mustahadah tidak boleh “menyimpan” wuduk bagi solat Maghrib untuk digunakan dalam solat Isyak.

Selain itu, wanita mustahadah juga perlu membersihkan darah istihadah itu setiap kali sebelum berwuduk. Rasulullah s.a.w. bersabda kepada Hamnah yang bermaksud: “Aku beritahukan kepadamu (agar menggunakan) kapas kerana kapas dapat menyerap darah.” Hamnah berkata: “Darahnya lebih banyak daripada itu.” Baginda bersabda lagi yang bermaksud: “Gunakan kain.” Jawab Hamnah: “Darahnya masih banyak.” Baginda berkata lagi yang bermaksud: “Maka pakailah penahan.” (Riwayat al-Tirmizi)
Dalam konteks zaman kini, penahan yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w. itu ialah tuala wanita. Sekiranya telah dibersihkan darah istihadah dan ditukar dengan tuala wanita yang baru, darah tetap mengalir selepas berwuduk, maka wuduk tersebut tetap sah untuk satu solat.

Mungkin bagi wanita yang telah berumah tangga, mereka tertanya-tanya, apakah boleh mereka “bersama” suami? Menurut Syeikh al-Uthaimin, ulama berbeza pendapat dalam masalah ini. Sebahagian mereka berkata elok dielakkan selama mana tidak menyebabkan zina. Namun hakikatnya, tiada sebarang larangan pada zaman Rasulullah s.a.w. dan sahabat dalam hal ini. Jadi, berdasarkan hukum wanita mustahadah dibolehkan solat, maka Syeikh Uthaimin berpendapat bahawa mereka boleh bersama suami.

Rujukan:
Syeikh al-Uthaimin, fi al-Dima’ al-Tibbiyah li al-Nisa’.
Muhammad Athiyah Khumais, Fiqih Wanita.
Dr. Abdul Karim Zaidan, al-Mufassal di Ahkam al-Mar’ah.

Persoalan Aurat Wanita

oleh: Husna Hassan ( husna@telagabiru.net.myThis e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it )

Dunia fesyen andai dilihat dari kaca mata Barat kelihatan glamor, anggun dan menawan. Namun andai dilihat dengan kaca mata yang dibimbing oleh syariat, dunia fesyen itu lebih menjanjikan “azab” di akhirat kelak. Apa tidaknya, setiap helai pakaian yang direka, majoritinya tidak mencapai standard yang telah digariskan Islam. Akhirnya demam berpakaian mengikut trend terkini itu merebak dalam kalangan wanita Muslimah, hingga kadangkala sukar dibezakan antara wanita Muslimah dengan yang lain. 

Allah berfirman dalam surah al-Nur ayat 31 yang bermaksud: “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menjaga pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji daripada orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi daripada perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang yang beriman supaya kamu berjaya.”

Ayat ini begitu sinonim dengan wanita. Namun penulis percaya ramai wanita yang belum lagi betul-betul mengenali dan mendalami ayat ini bagi menghayati syariat yang berkaitan dengan wanita. Dalam ’Ahkam al-Quran, Ibn al-Arabi berpendapat bahawa ayat ini terdapat beberapa permasalahan berikut:

Menundukkan Pandangan dan Menjaga Kehormatan

Ayat ini walaupun ditujukan khas buat wanita, namun anjuran ini termasuk juga lelaki. Ummu Salamah meriwayatkan: “Aku, Aisyah dan Maimunah berada di hadapan Rasulullah s.a.w. Tiba-tiba putera Ummu Maktum meminta izin masuk kepada baginda. Lalu Rasulullah berkata kepada kami (maksudnya): ‘Pakailah hijab kalian.’ Mereka berkata: ‘Bukankah dia buta?’ Rasulullah menjawab: ‘Apakah kalian buta?’” (Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)

Jangan Zahirkan Perhiasan

Wanita ditegah sama sekali daripada menzahirkan perhiasan kecuali yang biasa terlihat. Menurut ulama kontemporari, Syeikh Yusuf al-Qaradawi, yang dimaksudkan dengan “perhiasan perempuan” dalam ayat ini ialah apa sahaja yang dipakai untuk berhias dan mencantikkan tubuh sama ada berbentuk ciptaan asli seperti wajah, rambut, potongan badan ataupun buatan seperti pakaian, perhiasan, make-up dan sebagainya. Seorang penyair pernah berkata:
“Mereka (wanita) memakai perhiasan seindah yang engkau lihat.Apabila mereka berlalu meninggalkanmu,maka mereka adalah orang yang paling baik untuk pergi.”

Tutup Belahan Leher Baju

Anjuran ini juga terkandung dalam surah al-Nur ayat 31 ini. Imam al-Bukhari ada meriwayatkan daripada Aisyah r.ha. bahawa beliau berkata: “Allah telah menyayangi wanita yang berhijrah kerana waktu itu bertepatan dengan turunnya ayat, ‘Hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka.’ Kemudian mereka mengoyak sebahagian kain yang mereka miliki untuk dijadikan tudung. Begitu juga mereka yang mempunyai sarung. Itu semua menunjukkan kewajipan menutup leher dan bahagian dada seorang perempuan.”
Bagaimana menutupnya? Jawapan cukup mudah dan amat praktikal, labuhkan sedikit tudung anda hingga menutup bahagian dada dan jangan sekali-kali memakai tudung yang nipis yang masih menampakkan belahan baju walaupun bertudung.
Siapa Muhrim Wanita?
  • 1. Suami.
  • 2. Ayah.
  • 3. Bapa mertua.
  • 4. Anak lelaki.
  • 5. Anak-anak suami (anak tiri).
  • 6. Saudara kandung lelaki.
  • 7. Anak daripada saudara lelaki.
  • 8. Anak lelaki daripada saudara perempuan.
  • 9. Perempuan yang beragama Islam.
  • 10. Budak (hamba sahaya).
  • 11. Lelaki yang tidak mempunyai syahwat.
  • 12. Anak-anak yang belum mengerti aurat wanita.
  • 13. Lelaki tua yang tidak lagi mempunyai keinginan kepada wanita.
Membunyikan Perhiasan

Dan firman Allah dalam ayat yang sama, maksudnya: “Dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi daripada perhiasan mereka.”
Tujuan menghentakkan kaki di sini ialah supaya orang lain tahu perhiasan yang dipakai oleh wanita tersebut seperti gelang kaki yang bergemerencing, kasut bertumit tinggi atau bertumit keras hingga menghasilkan bunyi hentakan setiap kali berjalan dan sebagainya yang boleh menarik perhatian insan lain terutamanya lelaki ajnabi.
Wallahuaklam.

sumber: SOLUSI
 

Air Keluar Dari Jari Jemari Rasulullah SAW


oleh: Ustaz Zahazan Mohamed ( zahazan@telagabiru.net.myThis e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it )

Anas bin Malik r.a. menceritakan bahawa satu ketika semasa berada di Zaura’, Baginda telah menyuruh para sahabat berwuduk dengan air yang sedikit. Ini berlaku setelah Baginda s.a.w. meletakkan tapak tangan Baginda dalam air itu, maka dengan tiba-tiba air memancar deras dari celah-celah jari Baginda. Kejadian itu berlanjutan hinggalah mereka semua selesai berwuduk. “Berapakah jumlah kamu pada masa itu?” tanya saya (perawi) pada Anas. Jawabnya: “Kami seramai tiga ratus orang.” (Riwayat Muslim no. 6082 dan al-Baihaqi dalam al-Dalail, 6/ 136)

Dalam riwayat yang berbeza, daripada Abdillah, dia berkata ketika kami dalam perjalanan bersama Nabi s.a.w. kami telah kehabisan air. Rasulullah bertanya, “Siapakah dalam kalangan kamu yang memiliki air?” Setelah kami menemui orangnya, kami menyerahkan air itu kepada Nabi s.a.w. Air itu kemudiannya dicurahkan olehnya ke dalam sebuah wadah. Setelah itu Baginda meletakkan tapak tangan Baginda ke dalam wadah itu. Secara mendadak terbitlah air dengan derasnya dari hujung jarinya. Baginda bersabda yang bermaksud, “Marilah kita berwuduk bersama-sama dengan air yang diberkati Allah ini!” Daripada air itu jugalah saya minum dengan sepuas-puasnya dan memberikan minum kepada orang lain yang memerlukannya. (Riwayat al-Bukhari no. 200 dan al-Baihaqi dalam Sunannya no. 118)

Ibn Abbas r.a. pula menceritakan tentang pengalamannya kehabisan air semasa dalam perjalanan bersama Nabi s.a.w. Seorang tentera yang turut serta telah memaklumkan keadaan itu kepada Nabi s.a.w. Nabi lantas bertanya, adakah kamu mempunyai sedikit air? Orang itu menjawab: “Ya wahai Nabi!” Rasulullah lantas bersabda yang bermaksud: “Bawakanlah ia kepadaku.” 

Maka orang itu pun membawakannya kepada Nabi s.a.w. Baginda kemudiannya meletakkan jari-jemarinya di bibir wadah sambil merenggangkannya. Secara tiba-tiba didapati sumber air yang memancar dari celah-celah jarinya. Nabi s.a.w. kemudian mengarahkan kepada Bilal untuk mengumumkan kewujudan air untuk berwuduk. 

Dalam riwayat yang lain daripada Qatadah daripada Anas r.a., jumlah tentera yang turut serta mendapat keberkatan berwuduk dan untuk minuman pada hari itu adalah tujuh puluh hingga lapan puluh orang. (Riwayat al-Bukhari no. 3572)
Dalam peristiwa al-Hudaibiyyah pula, Jabir bin Abdillah r.a. meriwayatkan semua rombongan dapat minum dan berwuduk dengan air yang terpancar dari celah-celah jari Nabi s.a.w. Padahal kuantiti air yang mengalir itu sebenarnya mampu digunakan oleh beberapa orang sahaja.

Dalam hadis yang lain yang turut diriwayatkan oleh Jabir r.a. bahawa Rasulullah telah mengatakan kepada Jabir agar berpesan kepada kaum Muslimin supaya tidak meninggalkan wuduk. Jabir berkata, “Saya cuba menjelaskan halangan yang menyebabkan mereka tidak mengambil wuduk, iaitu kerana ketiadaan air, walaupun setitis.” Rasulullah s.a.w. telah menyuruh saya menemui seorang sahabat daripada kalangan Ansar yang sentiasa membekalkan air untuk Nabi s.a.w. Setibanya saya di rumah sahabat itu saya mendapati hanya sedikit air yang tinggal dalam girbah (bekas air yang dibuat daripada kulit). Jika ia tertumpah tentulah air minumnya akan kehabisan. Rasulullah menyuruh saya membawakan bekas itu kepadanya. Baginda kemudiannya memegang girbah itu dan menadah tangannya berdoa. Kemudian Baginda meminta saya menuangkan air itu ke dalam sebuah mangkuk besar. Setelah saya mendapatkannya menerusi pemberian seseorang, mangkuk itu saya berikan kepada Nabi s.a.w.  Baginda meletakkan kedua-dua tangannya di atas mangkuk itu sambil merenggangkan jari-jemarinya. Sebaik sampai tangannya di bawah mangkuk itu, Baginda bersabda yang bermaksud: “Hai Jabir! Terapkan mangkuk itu kepadaku sambil membaca bismillah.” Maka saya pun melakukan mengikut suruhan Baginda. Tidak semena-mena saya melihat air terbit dari celah-celah jari Rasulullah s.a.w. Kemudian Baginda memisahkan mangkuk itu dari tangannya. Air keluar terus-menerus secara berputar-putar dari tangan Baginda hingga memenuhi mangkuk itu. Setelah itu Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Hai Jabir! Jemputlah sesiapa sahaja yang memerlukan air.” Saya telah memanggil sahabat kesemuanya dan mereka telah minum hingga puas. Selepas itu Rasulullah mengangkat tangannya daripada mangkuk itu. (Riwayat Muslim no. 3580)

sumber: SOLUSI

Tuesday, March 13, 2012

PUDING BUAH ARIFFMEEN - favorite anak2ku



BAHAN-BAHAN UNTUK PUDING ( Bahan A )

1 cawan Tepung Jagung
5 cawan Air
1 biji Telur Ayam
1 sudu Esen Vanila
1/2 tin Susu Pekat Manis

BAHAN-BAHAN UNTUK SUSU (Bahan B)

1 tin Susu Cair
1 1/2 tin Air
5 sudu Gula Pasir
1 sudu Esen Vanila

1 tin Buah Campur (Bahan C)

Cara Penyediaan:-

1) Bahan A dicampur semua & dimasak sehingga pekat
2) Selepas agak likat, tuangkan ke dalam acuan & disejukkan
3) Bahan B dicampur sekali & dimasak sehingga mendidih & disejukkan
4) Selepas kesemua bahan A, B dan C sejuk ( lagi sedap masuk peti ais) boleh dihidangkan

Selamat Mencuba!!!!!

Monday, March 12, 2012

Sebab-Sebab Anak Nakal


Kenakalan, sebenarnya adalah hal yang normal bagi anak-anak dalam tahap perkembangan kanak-kanak. Mereka sedang belajar untuk mengontrol tubuh mereka sendiri, memahami lingkungan sekitarnya, serta belajar nilai-nilai dalam keluarga dan masyarakat. Mereka banyak melakukan percobaan (eksperimen) terhadap sesuatu yang menarik perhatian dan belum mereka ketahui: bagian tubuh, hewan-hewan, perkakas di rumah, tumbuh-tumbuhan dan obyek-obyek lainnya. Sayangnya, dalam bereksperimen mereka sering lalai dan ceroboh, hasilnya, eksperimen mereka sering kali membuat orang tua dan orang di sekitarnya menjadi jengah dengan ulah mereka: kotoran berserakan, perkakas berantakan, baju belepotan, perabot pecah, jatuh saat berlari, sampai konflik sesama anak-anak.

Terang saja, menurut Jean Piaget, seorang tokoh psikologi, mereka masih berada dalam tahap perkembangan kognitif pra-operasional (sekitar usia 2—7 tahun). Pada tahap ini anak sering kali secara kognitif salah dan irasional dalam memahami sesuatu, kemampuan kognitif (pikiran) mereka masih belum sempurna. Misalnya, anak yang mendapati pakaiannya semakin lama semakin kecil dan tidak pas dipakai, biasanya akan berpikir secara irasional bahwa pakaian itu bisa mengecil jika lama dipakai, padahal sebenarnya bukan pakaian yang menjadi kecil, akan tetapi dialah yang semakin membesar tubuhnya. Mereka juga sering salah dalam menentukan mana yang dapat diterima dan yang tidak dapat diterima secara moral. Kohlberg yang juga seorang tokoh psikologi menyebut anak-anak masih berada dalam tahapan moral pra-konvensional (terjadi kira-kira sebelum usia 9 tahun). Pada tahap ini anak tidak memperlihatkan internalisasi nilai-nilai moral, penalaran moral anak dikendalikan oleh imbalan/hadiah dan hukuman internal. Anak-anak taat karena orang dewasa menuntut mereka untuk taat, karena jika tidak mereka akan mendapat hukuman. Apa yang benar adalah apa yang dirasakan baik dan apa yang dianggap menghasilkan hadiah dan kesenangan.

Namun, anak yang sering menunjukkan ketidakpatuhan, suka melanggar aturan perilaku baik di rumah maupun di sekolah, seperti suka berkelahi, berbuat rusuh, sulit bekerja sama, kurang ajar, sering gelisah dan berbohong, serta sering menunjukkan temper tantrum (marah, menolak dengan menjerit-jerit) tidak dapat dikatakan normal dalam level perkembangan di mana mestinya ia bisa mematuhi aturan yang ada, yang telah ia ketahui. Anak yang menunjukkan perilaku seperti ini patut diwaspadai oleh orang tua khususnya dan orang yang ada di sekitarnya agar mendapatkan perhatian khusus, dan mendapat penanganan, sehingga anak tersebut tidak terus berkembang menjadi anak yang menyusahkan anggota keluarga lainnya dan lingkungan sekitar. Selain itu anak yang tidak mendapat penanganan yang tepat, besar kemungkinan perilaku tersebut akan di bawa sampai dewasa, jika demikian, maka ia berpotensi menjadi orang yang anti-sosial (suka melawan norma masyarakat, seperti melakukan tindakan kriminal) dan perilakunya menjadi sangat sulit untuk bisa diubah.

Orang tua tidak boleh menganggap anaknya yang sering melakukan ciri-ciri perilaku di atas sebagai sesuatu yang wajar, dan terus-menerus menolerir tindakan yang merugikan bagi dirinya sendiri dan juga orang lain. Orang tua, karena berbagai sebab (misalnya karena terlalu sayang), seringkali membuat-buat alasan (rasionalisasi) yang sebenarnya tidak logis agar dapat menerima perilaku anaknya yang melanggar aturan atau perintah itu. Cara orang tua dalam menangani masalah (coping problem) seperti ini akan manjadi bomerang tidak hanya bagi diri orang tua (karena ia akan terus-menerus terusik dan mendapat perlawanan), tetapi juga bagi anaknya. Anak menjadi tidak paham terhadap mana yang boleh/baik/harus dilakukan dan yang mana yang tidak boleh, buruk dan harus ditinggalkan. Alhasil, orang tua turut serta membentuk anaknya menjadi pribadi sulit dikontrol.

Apa Sebabnya?

Sebenarnya perilaku anak yang suka melanggar norma tersebut dipelajari secara terpaksa/tidak sengaja, sebagai cara untuk menunjukkan kontrol anak terhadap perilaku orang tua mereka. Perilaku pembangkangan pada anak memang tidak dapat lepas dari cara orang tua memperlakukan anaknya. Pembentukan perilaku-perilaku pembangkangan oleh anak tersebut terjadi dalam beberapa cara, antara lain:

Pertama. Orang tua memberikan penguat negatif (negative reinforcer; yang justru befungsi memperkuat respon) kepada anak agar ia menghentikan respon negatif akibat adanya stimulus eversif (tidak menyenangkan) yang diberikan orang tua sebelumnya. Keadaan semacam ini disebut “perangkap akibat penguat negatif” (negative reinforcer trap).

Contoh: Orang tua menyuruh anaknya membuang sampah, anak menolak dengan cara menunjukkan temper tantrum (kemarahan yang meledak-ledak, menolak dengan menjerit-jerit), orang tua manarik perintahnya. Maka anak akan mempelajari perilaku membangkang tersebut, kapan-kapan ia akan mengulangi perilaku yang sama untuk melawan perintah orang tua, yaitu dengan cara temper tantrum.

(klik gambar untuk memperbesar)

Contoh lain: ketika berada di tempat perbelanjaan anak melihat ada mainan yang disukainya, ia merengek-rengek kepada ibunya minta dibelikan. Ibunya merasa tak tahan dengan rengekan anaknya dan malu pada orang lain bila anaknya terus-menerus merengek, akhirnya ia mengabulkan permintaan anaknya. Maka anak akan mempelajari perilaku merengek sebagai senjata untuk memaksa orang tuanya menuruti kehendaknya. Kapan-kapan kalau ia menginginkan sesuatu ia akan merengek-rengek agar mendapatkan yang ia inginkan.

Kedua. Terjadi akibat adanya penguat positif (positive reinforcer) yang diberikan oleh orang tua untuk mengatasi respon anak. Biasanya ini akibat pola-pola perhatian dari orang tua: mencari-cari alasan untuk menerima perilaku anak, berusaha memahami dengan cara mendiksusikan hal tersebut pada anak. Keadaan seperti ini disebut sebagai “perangkap penguat positif” (positive reinforcer trap).

Contoh: orang tua menyuruh anaknya mandi, anak menolak, dan ngambek, agar anak tidak ngambek dan bersedia mandi, orang tua merayu anak dengan berjanji akan membelikan sesuatu pada anak, misalnya makanan yang disukai. Maka anak akan mempelajari perilaku membangkang tersebut, kapan-kapan ia akan mengulangi perilaku yang sama untuk melawan perintah orang tua, yaitu dengan mengajukan syarat kepada orang tua.

(klik gambar untuk memperbesar)

Ketiga. Adanya ketidakselarasan dalam pengasuhan (inconsistant parenting). Keadaan ini terjadi sebagai akibat perbedaan standar dalam menilai perilaku anak dari orang-orang yang terlibat dalam pengasuhan. Seperti antara ibu dan ayah, atau kalau pengasuhan tersebut dipegang oleh kakek-nenek si anak, biasanya ketidak-selarasan terjadi antara orang tua dengan kakek-nenek. Pada umumnya standar orang tua lebih ketat bila dibanding dengan kakek-nenek. Pola pengasuhan kakek-nenek kepada cucunya cenderung permisif (serba membolehkan), karena rasa sayang yang lebih besar.

Contoh: anak berkelahi sampai melukai temannya, ayah marahinya dan menghukum anaknya dengan melarangnya bermain selama beberapa hari. Ibu tidak sepakat dengan keputusan ayah, justru membela dan memberikan kasih sayang kepada anaknya, kadang-kadang kalau ayah tidak ada, ia membiarkan anaknya keluar untuk bermain. Kalau demikian keadaannya, maka anak kapan-kapan akan melawan perintah atau hukuman ayahnya karena merasa memiliki pendukung, yaitu ibunya.

Saran untuk Orang Tua

Orang tua harus pandai-pandai mencari cara-cara alternatif agar perintahnya dapat dituruti oleh anak. Orang tua harus berjuang keras memastikan anak melakukan perintah. Orang tua tidak disarankan menarik kembali (membatalkan perintahnya) atau mengurangi beban yang perintahkan, ini akan mempengaruhi persepsi anak kepada orang tua, anak menjadi kurang hormat pada orang tua karena dianggap kurang kewibawaannya. Orang tua yang mudah dikontrol oleh kemauan anaknya, akan menyebabkan terbentuknya karekter anak yang kurang mandiri, egois, kurang toleran dan kurang bisa berempati pada orang lain (empati: menempatkan diri dalam posisi orang lain agar dapat merasakan perasaan, penderitaan atau kesulitan orang lain).

Tentu saja dalam melakukan cara-cara untuk membuat anak melakukan perintah, orang tua perlu melihat keadaan anak, misalnya, anak yang sedang sakit/menunjukkan tanda-tanda sakit atau sangat lelah akibat perjalanan jauh, tidak dapat disamakan dengan anak yang berpura-pura sakit atau berpura-pura kelelahan. Jika demikian, orang tua perlu mempertimbangkan tiga hal, yaitu (1) harus melihat situasi dan kondisi sebelum memberi perintah kepada anak, pastikan anak sanggup melaksanakannya, (2) dalam melakukan cara guna membuat anak menuruti perintahnya, orang tua perlu mempertimbangkan kondisi anak dan mengambil cara yang paling ringan efek sampingnya, (3) tidak perlu memupuk rasa kasihan dalam membebankan tugas tertentu pada anak dalam hal-hal yang dipastikan tidak akan membahayakan jiwa maupun fisik anak, seperti contoh di atas, memerintahkan anak membuang sampah. Selain itu penyamaan persepsi mengenai standar dalam mengasuh anak juga penting untuk dibicarakan antara ayah dan ibu, perlu ada kesepakatan mengenai apa yang boleh/baik/harus dilakukan dan yang mana yang tidak boleh, buruk dan harus ditinggalkan oleh anak. Wallahu a’lam bish-shawaab.

Renungan

Setelah Anda membaca tulisan di atas, maka ada baiknya merenungkan dua terjemahan hadits berikut, semoga ada pelajaran yang dapat diambil.

“Seorang laki-laki adalah penggembala di dalam keluarganya, dan ia bertanggung jawab terhadapa gembalaannya itu. Dan seorang wanita adalah pengembala di dalam rumah suaminya, dan ia bertanggung jawab terhadap gembalaannya itu.” (riwayat al-Bukhari dan Muslim).

“Seseorang yang mendidik anaknya lebih baik daripada bersedekah satu sha’.” (riwayat at-Tirmidzi).

Kamudian setelah Anda telah cukup merenungkannya, maka tuliskanlah hasil renungan Anda itu di atas kertas, simpanlah kertas tersebut, dan jadikan sebagai pengingat di kala Anda mulai lelah dengan keseharian Anda.

Semoga bermanfaat.

Sunday, March 11, 2012

Perihal memukul anak


Quantcast
Oleh : Al-Ustadzah Ummu AbdirRahman Anisah bintu Imran

Anak tak selamanya harus disikapi lembut. Terkadang kita perlu menghukumnya kerana kenakalan atau kesalahan mereka. Tentunya semua itu dalam bingkai pendidikan. Sehingga tidak bertindak berlebihan yang justeru mempengaruhi kejiwaan si anak.
Anak, bagaimanapun juga tak terlepas dari berbagai macam tingkah dan perilakunya. Beragam perilaku dapat kita saksikan pada diri mereka. Masing-masing anak dalam satu keluarga pun seringkali berbeza perangainya. Terkadang di antara mereka ada yang nampak amat patuh dan sangat mudah diatur. Sedangkan yang lain, demikian degil atau sering melakukan berbagai pelanggaran.
 
Yang demikian ini tentu tak boleh dibiarkan. Mahu tak mahu, orang tua harus mengetahui selok-belok mengarahkan anak. Haruskah segala keadaan dihadapi dengan kelemahlembutan dan penuh toleransi? Atau sebaliknya, selalu diatasi dengan herdikan dan wajah yang garang?

Selayaknya orang tua mengetahui sisi-sisi yang perlu dipertimbangkan ketika hendak menghukum anak, kerana setiap keadaan menuntut sikap yang berbeda. Orang tua perlu meninjau, apakah permasalahan yang terjadi merupakan sesuatu yang betul-betul tercela atau tidak? Apakah si anak yang melakukannya mengetahui akan kejelekan dan bahaya hal tersebut, ataukah dia dalam keadaan tidak mengerti tentang hal itu mahupun hukumnya?
Pada dasarnya, orang tua perlu menyertakan kelemahlembutan dalam mengarahkan anak-anaknya. Demikianlah contoh yang dapat ditemukan dari susuk Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam mengarahkan dan membimbing umat beliau. Bahkan demikianlah sifat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam yang disebutkan dalam Kitabullah:

فَبِمَا رَحْمَةٍ مِنَ اللهِ لِنْتَ لَهُمْ وَلَوْ كُنْتَ فَظًّا غَلِيْظَ الْقَلْبِ لاَنْفَضُّوا مِنْ حَوْلِكَ

“Maka kerana rahmat Allah-lah engkau bersikap lembut terhadap mereka. Seandainya engkau bersikap kaku dan keras hati, tentu mereka akan menjauhkan diri dari sekelilingmu.” (Ali ‘Imran: 159)
Al-Hasan Al-Bashri rahimahullahu mengatakan: “Ini adalah akhlak Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa sallam yang Allah Subhanahu wa Ta’ala utus dengan membawa akhlak ini.” (Tafsir Ibnu Katsir, 2/106)
Bukankah termasuk kewajiban terbesar dan perkara terpenting bagi seseorang untuk meneladani akhlak beliau yang mulia ini? Serta bergaul dengan manusia sebagaimana beliau bergaul, dengan sikap lembut, akhlak yang baik dan melunakkan hati mereka, dalam rangka menunaikan perintah Allah Subhanahu wa Ta’ala dan memikat hati hamba-hamba Allah Subhanahu wa Ta’ala untuk mengikuti agama-Nya? (Taisirul Karimir Rahman, hal. 154)
Begitu banyak anjuran Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam untuk bersikap lemah lembut. Di antaranya disampaikan oleh isteri beliau, ‘Aisyah radhiallahu ‘anha, ketika beliau bersabda:

يَا عَائِشَةُ! إِنَّ اللهَ رَفِيْقٌ يُحِبُّ الرِّفْقَ، وَيُعْطِي عَلَى الرِّفْقِ مَا لاَ يُعْطِي عَلَى الْعُنْفِ وَمَا لاَ يُعْطِي عَلَى مَا سِوَاهُ

“Wahai ‘Aisyah, sesungguhnya Allah itu Maha Lembut dan menyukai kelembutan. Allah memberikan pada kelembutan apa yang tidak Dia berikan pada kekerasan dan apa yang tidak Dia berikan pada yang lainnya.” (HR. Muslim no. 2593)
Maknanya, Allah Subhanahu wa Ta’ala memberikan pahala atas kelembutan yang tidak Dia berikan pada yang lainnya. Al-Qadhi mengatakan bahawa maknanya, dengan kelembutan itu akan dapat meraih berbagai tujuan dan mudah mencapai apa yang diharapkan, yang tidak dapat diraih dengan selainnya. (Syarh Shahih Muslim, 16/144)
Demikian pula ‘Aisyah radhiallahu ‘anha mengisahkan bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah memerintahkan kepadanya:

عَلَيْكِ بِالرِّفْقِ، فَإِنَّ الرِّفْقَ لاَ يَكُوْنُ فِي شَيْءٍ إِلاَّ زَانَهُ، وَلاَ يُنْزَعُ مِنْ شَيْءٍ إِلاَّ شَانَهُ

“Hendaklah engkau bersikap lembut. Kerana tidaklah kelembutan itu ada pada sesuatu, kecuali pasti memperindahnya. Dan tidaklah kelembutan itu tercabut dari sesuatu, kecuali pasti memperjeleknya.” (HR. Muslim no. 2594)
Maksudnya, hendaklah engkau bersikap lembut dengan berlemah lembut kepada siapa pun yang ada di sekitarmu, sederhana dalam segala sesuatu dan menghukum dengan bentuk yang paling ringan dan paling baik. (Faidhul Qadir, 4/334)
Dalam riwayat dari Jarir bin Abdillah radhiallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

مَنْ يُحْرَمِ الرِّفْقَ، يُحْرَمِ الْخَيْرَ

“Barangsiapa yang terhalang dari kelembutan, dia akan terhalang dari kebaikan.” (HR. Muslim no. 2592)
Oleh kerana itu, apabila orang tua ingin memperbaiki keadaan anaknya, hendaknya menggunakan kata-kata yang lembut dan berbagai bentuk anjuran. Apabila tidak memungkinkan menggunakan kata-kata yang baik, maka dapat digunakan ucapan yang mengandung herdikan, juga ancaman sesuai dengan kesalahan dan perbuatan dosa yang dilakukan. Apabila hal itu tidak dapat dilakukan dan tidak memberi manfaat, maka saat itulah diperlukan pukulan.
Namun bagaimanapun, keadaan setiap anak berbeda. Demikian pula tabiat mereka. Di antara mereka ada yang cukup dengan pandangan mata untuk mendidik dan memarahinya, dan hal itu sudah memberikan pengaruh yang cukup mendalam serta membuatnya berhenti dari kesalahan yang dilakukannya. Ada anak yang bisa mengerti dan memahami maksud orang tua ketika orang tua memalingkan wajahnya sehingga dia berhenti dari kesalahannya. Ada yang cukup diberi pengarahan dengan kata-kata yang baik. Ada pula anak yang tidak dapat diperbaiki kecuali dengan pukulan.
Tidak ada yang memberi manfaat padanya kecuali sikap yang keras. Saat itulah dibutuhkan pukulan dan sikap keras sekedar untuk memperbaiki keadaan si anak dengan tidak melampaui batas. Ibarat seorang dokter yang memberikan suntikan kepada seorang pasien. Suntikan itu memang akan terasa sakit bagi si pasien, namun itu hanya diberikan sesuai kadar penyakitnya. Sehingga boleh seseorang bersikap keras terhadap anak-anaknya manakala melihat mereka lalai atau mendapati kesalahan pada diri mereka. (Fiqh Tarbiyatil Abna`, hal. 170-171)
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan orang tua untuk memukul anaknya apabila mereka enggan menunaikan shalat ketika telah berusia 10 tahun. Demikian yang disampaikan Abdul Malik bin Ar-Rabi’ bin Sabrah dari ayahnya dari kakeknya, bahwa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

مُرُوا الصَّبِيَّ بِالصَّلاَةِ إِذَا بَلَغَ سَبْعَ سِنِيْنَ، وَإِذَا بَلَغَ عَشْرَ سِنِيْنَ فَاضْرِبُوْهُ عَلَيْهَا

“Perintahkanlah anak untuk shalat ketika telah mencapai usia tujuh tahun. Dan bila telah berusia sepuluh tahun, pukullah dia bila enggan menunaikannya.” (HR. Abu Dawud no. 494, dan dikatakan Asy-Syaikh Al-Albani dalam Shahih Sunan Abi Dawud: hasan shahih)
Banyak contoh yang dapat dilihat dari para pendahulu kita yang shalih. Di antaranya dikisahkan oleh Nafi’ rahimahullahu, maula (bekas budak) Abdullah bin ‘Umar radhiallahu ‘anhuma:

أَنَّ عَبْدَ اللهِ بْنَ عُمَرَ كَانَ إِذَا وَجَدَ أَحَدًا مِنْ أَهْلِهِ يَلْعَبُ بِالنَّرْدِ، ضَرَبَهُ وَكَسَرَهَا

“Bahwasanya Abdullah bin ‘Umar radhiallahu ‘anhuma apabila mendapati salah seorang anggota keluarganya bermain dadu, beliau memukulnya dan memecahkan dadu itu.” (HR. Al-Bukhari dalam Al-Adabul Mufrad no. 1273. Asy-Syaikh Al-Albani rahimahullahu berkata dalam Shahih Al-Adabul Mufrad: shahihul isnad mauquf)
Begitu pula Ummul Mukminin ‘Aisyah radhiallahu ‘anha, sebagaimana penuturan Syumaisah Al-’Atakiyyah:

ذُكِرَ أَدَبُ الْيَتِيْمِ عِنْدَ عَائِشَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهَا فَقَالَتْ: إِنِّي لأَضْرِبُ الْيَتِيْمَ حَتَّى يَنْبَسِطَ

“Pernah disebutkan tentang pendidikan bagi anak yatim di sisi ‘Aisyah radhiallahu ‘anha, maka beliau pun berkata, ‘Sungguh, aku pernah memukul anak yatim yang ada dalam asuhanku hingga dia telungkup menangis di tanah.” (HR. Al-Bukhari dalam Al-Adabul Mufrad no. 142, dan dikatakan Asy-Syaikh Al-Albani rahimahullahu dalam Shahih Al-Adabul Mufrad: shahihul isnad)
Akan tetapi, ada yang perlu diperhatikan dalam hal ini. Orang tua tidak diperkenankan memukul wajah. Hal ini secara umum dilarang Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam, sebagaimana dalam hadits Abi Hurairah radhiallahu ‘anhu:

إِذَا قَاتَلَ أَحَدُكُمْ فَلْيَجْتَنِبِ الوَجْهَ

“Apabila salah seorang di antara kalian memukul, hendaknya menghindari wajah.” (HR. Al-Bukhari no. 2559 dan Muslim no. 2612)
Para ulama mengatakan bahwa ini adalah larangan memukul wajah secara tegas. Karena wajah merupakan sesuatu yang lembut yang terkumpul padanya seluruh keindahan. Anggota-anggota tubuh yang ada di wajah demikian berharga, dan sebagian besar penginderaan seseorang diperoleh dengan anggota tubuh tersebut. Sehingga terkadang pukulan di wajah bisa menghilangkan atau mengurangi fungsi anggota tubuh itu, terkadang pula menjadikan wajah cacat. Sementara cacat di wajah itu sendiri demikian buruk karena nampak jelas dan tidak mungkin ditutupi. Dan pada umumnya pukulan di wajah itu tidak lepas dari kemungkinan timbulnya cacat. Termasuk pula dalam larangan ini seseorang yang memukul istri, anak, ataupun budaknya dalam rangka mendidik, hendaknya dia hindari wajah. (Syarh Shahih Muslim, 16/164)
Hal lain yang perlu diperhatikan pula, pukulan pada si anak adalah semata-mata dalam rangka mendidik. Yang dimaksud dengan pukulan yang mendidik adalah pukulan yang tidak membahayakan. Sehingga tidak diperkenankan seorang ayah memukul anaknya dengan pukulan yang melukai, tidak boleh pula pukulan yang bertubi-tubi tanpa ada keperluan. Namun bila dibutuhkan, misalnya sang anak tidak mau menunaikan shalat kecuali dengan pukulan, maka sang ayah boleh memukulnya dengan pukulan yang membuat jera, namun tidak melukai. Karena Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan orang tua untuk memukul bukan untuk menyakiti si anak, melainkan untuk mendidik dan meluruskan mereka. (Syarh Riyadhish Shalihin, Asy-Syaikh Ibnu ‘Utsaimin, 2/123-124)
Semua ini perlulah kiranya untuk diketahui oleh orang tua yang hendak mengarahkan anak-anak mereka, mengingat tanggung jawab yang dibebankan ke pundak mereka, manakala Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

أَلاَ كُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُوْلٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ فَاْلأَمِيْرُ الَّذِي عَلىَ النَّاسِ رَاعٍ وَهُوَ مَسْئُوْلٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ، وَالرَّجُلُ رَاعٍ عَلىَ أَهْلِ بَيْتِهِ وَهُوَ مَسْئُوْلٌ عَنْهُمْ، وَالْمَرْأَةُ رَاعِيَةٌ عَلَى بَيْتِ بَعْلِهَا وَوَلَدِهِ وَهِيَ مَسْئُوْلَةٌ عَنْهُمْ، وَالعَبْدُ رَاعٍ عَلَى مَالِ سَيِّدِهِ وَهُوَ مَسْئُوْلٌ عَنْهُ، اَلاَ فَكُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُوْلٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ

“Ketahuilah, setiap kalian adalah penanggung jawab dan akan ditanyai tentang tanggung jawabnya. Seorang pemimpin yang memimpin manusia adalah penanggung jawab dan kelak akan ditanya tentang mereka. Seorang laki-laki adalah penanggung jawab atas keluarganya dan kelak dia akan ditanya tentang mereka. Seorang istri adalah penanggung jawab rumah tangga dan anak-anak suaminya, dan kelak akan ditanya. Seorang hamba sahaya adalah penanggung jawab harta tuannya dan kelak dia akan ditanya tentangnya. Ketahuilah, setiap kalian adalah penanggung jawab dan kelak akan ditanyai tentang tanggung jawabnya.” (HR. Al-Bukhari no. 5188 dan Muslim no. 1829)
Wallahu ta’ala a’lamu bish-shawab.

Saturday, March 03, 2012

Hukum Memukul Muka (Menampar)



Ust. Salman Maskuri

Hukum memukul muka adalah haram walau dengan apa jua tujuan sekalipun ,samada dalam hudud, takzir, denda anak, denda anak murid atau tujuan2 yang lain.

Nabi saw bersabda

( إِذَا قَاتَلَ أَحَدُكُمْ أَخَاهُ فَلْيَجْتَنِبْ الْوَجْهَ ). رواه البخاري (2560) ومسلم (2612) واللفظ له ، وفي رواية له بلفظ: ( إِذَا ضَرَبَ أَحَدُكُمْ ... )

" Apabila sesorang kamu hendak memukul saudaranya (dengan tujuan dibenarkan syara') hendaklah dia menjauhi dari memukul mukanya."

Hadis sahih Bukhari dan Muslim

Imam nawawi berkata:

هَذَا تَصْرِيح بِالنَّهْيِ عَنْ ضَرْب الْوَجْه ; لِأَنَّهُ لَطِيف يَجْمَع الْمَحَاسِن , وَأَعْضَاؤُهُ نَفِيسَة لَطِيفَة , وَأَكْثَر الْإِدْرَاك بِهَا ; فَقَدْ يُبْطِلهَا ضَرْب الْوَجْه , وَقَدْ يُنْقِصُهَا , وَقَدْ يُشَوِّه الْوَجْه , وَالشَّيْن فِيهِ فَاحِش ; وَلِأَنَّهُ بَارِز ظَاهِر لَا يُمْكِن سَتْره , وَمَتَى ضَرَبَهُ لَا يَسْلَم مِنْ شَيْن غَالِبًا ". انتهى "شرح النووي على مسلم " (16/165) .
Ini adalah tegahan yang jelas terhadap memukul muka kerana

1. muka ada anggota lembut serta menghimpunkan segala kebaikan.
2. Anggota yang ada padanya sangat bernilai.
3. Anggota yang ada padanya ada anggota panca indera seperti mata.
4. Pukulan boleh merosakkan anggota penting ini , mengurangkannya, menghodohkannya atau cacat.
5. Kerosakan akibat pukulan di muka tidak boleh disembunyikan kerana ia adalah anggota yang jelas.

Imam Ibnu Hajar asqalani berkata:


وَيَدْخُلُ فِي النَّهْيِ كُلّ مَنْ ضُرِبَ فِي حَدّ ، أَوْ تَعْزِير ، أَوْ تَأْدِيب ". انتهى من فتح الباري (5/183)" Termasuklah dalam larangan adalah setiap pukulan ke muka ketika dalam hukuman hudud, takzir dan pukulan didikan."

Imam Sun'ani berkata (pengarang kitab subulus salam):

" وهذا النهي عام لكل ضرب ولطم من تأديب أو غيره ". انتهى "سبل السلام" (1/236).
" Pengharaman pukulan dan tamparan di muka ini merangkumi semua keadaaan samaada untuk mendidik atau sebagainya."

KESIMPULAN

oleh itu hendaklah kita menjauhi memukul muka samaada kepada isteri, anak, pelajar2, orang bawahan atau pun yang lain. Mungkin sebab anak2 atau anak murid semakin nakal dan susah hendak menghafal kerana tindakan memukul muka mereka.

Friday, January 27, 2012

Doa mohon zuriat

Apa yang tidak boleh dilakukan oleh wanita yang berada dalam iddah kematian suami?

Persoalan kali ini akan menjengkelkan golongan ‘pembela wanita’ yang beriya-iya mahu ‘membebaskan’ golongan wanita dari cengkaman ‘kezaliman’.

Mungkin ada yang beranggapan bahawa Islam itu zalim, Islam tidak indah, Islam mengongkong wanita dan macam-macam lagi apabila mendapati bahawa terdapat berbagai-bagai halangan yang dikenakan ke atas wanita yang baru sahaja kematian suami. Tidakkah mereka ini patut dibiarkan bebas untuk ‘menghiburkan hati’ yang sedang sedih? Biarkan sahaja mereka pergi kenduri-kedara, pergi melancong, window shopping dll…

Apabila kita melihat hukum Allah s.w.t, janganlah kita lihat dari sudut penzahiran hukum semata-mata. Penilaian kita belum tentu dapat menyamai penilaian tuhan yang Maha Hebat. Penilaian kita mudah didorong oleh akal fikiran yang cetek dan diburukkan lagi dengan kehendak nafsu yang tinggi.

Semenjak saya menulis tentang iddah, timbul banyak persoalan tentang apa yang tidak boleh dilakukan oleh isteri yang baru sahaja kematian suami atau dalam erti kata lain, perempuan yang dalam iddah kematian suami. Saya ditanya, boleh tak itu dan ini…. bila saya kata tak boleh, respon yang diterima ialah, nak buat juga. Hmmm… berlapang dada lah… pasti ada hikmahnya. 

Saya sendiri sudah melalui fasa iddah kematian suami. Saya sangat faham situasi ini. Bila kita berada dalam kedudukan yang sangat sukar, kenalah didik jiwa supaya menyedari bahawa ada orang lain yang lebih sukar lagi. Saya melalui iddah kematian suami dalam keadaan sarat mengandung 8 bulan. Ada 4 orang anak lagi yang semuanya masih kecil. Ada yang masih minta dikendong dan pada masa itu saya tiada pembantu rumah sepenuh masa. Ibubapa saya pula telah meninggal dunia dan saya tinggal di Utara, jauh dari adik-beradik yang rata-rata tinggal di Selangor dan KL. Saya rasa keadaan saya sangat sukar, tapi, saya kena ingat selalu bahawa ada orang lain yang lebih sukar lagi keadaannya. Bila kita sabar, maka Allah akan permudahkan kehidupan. Alhamdulillah, syukur pada Allah s.w.t yang telah ‘menghadiahkan’ untukku ujian ini. Terlalu banyak yang dipelajari daripada ujian ini.

Kembali kepada topik artikel kali ini.
Wanita yang kematian suami hendaklah beriddah selama 4 bulan 10 hari. Tetapi jika dia mengandung, maka hendaklah dia beriddah sehingga bersalin. Tempoh ini digunakan untuk memastikan rahim kosong (bersih) dan digunakan oleh wanita untuk menyatakan kesedihan atas kematian suami. Ia juga merupakan fasa perubahan yang sukar dan perlu disokong oleh kaum keluarga, rakan-taulan dan jiran tetangga.

Terdapat LIMA larangan yang dikenakan ke atas wanita yang kematian suami:
1. bertunang (secara berterus-terang)
2. berkahwin
3. berhias pada diri atau pakaian
4. tidur di rumah selain rumah yang biasa didiami semasa hayat suami
5. keluar dari rumah tanpa ada tujuan penting yang tertentu

PERTAMA: BERTUNANG SECARA BERTERUS-TERANG

Para fuqaha sependapat bahawa wanita yang dalam iddah tidak boleh bertunang ataupun dipinang dengan cara berterus-terang. Namun jika mahu dipinang dengan berkias, maka ia diharuskan sebagaimana firman Allah s.w.t yang bermaksud, “Tiada larangan ke atas kamu tentang apa yang kamu kiaskan untuk meminang wanita”.

KEDUA: BERKAHWIN

Sebagaimana yang telah disebutkan di awal tadi, tujuan iddah iaitu untuk memastikan rahim bersih dari benih suami. Firman Allah s.w.t., maksudnya: “Dan janganlah melakukan ikatan pernikahan hinggalah sampai tempoh tangguhnya (iddahnya)”. Ayat ini menjelaskan bahawa wanita yang dalam iddah tidak boleh bernikah sehinggalah tamat tempoh iddah tersebut.

KETIGA: BERHIAS DAN BERWANGI-WANGIAN PADA DIRI ATAU PAKAIAN

Wanita dalam iddah wajib menjauhkan diri daripada perhiasan atau berhias-hias sama ada pada tubuh badan mahupun pada pakaian. Malah dianjurkan supaya wanita ini menyatakan kesedihan atas kematian suami dan mengelakkan diri daripada menjadi perhatian lelaki kerana dia berada dalam fasa dilarang bernikah. Ini dapat mengelakkannya daripada perkara-perkara terlarang serta menghindari fitnah.

Dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim, Rasulullah s.a.w. ada menjelaskan bahawa tidak dihalalkan bagi wanita yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat untuk berkabung lebih dari 3 hari kecuali kerana (kematian) suami. Baginda seterusnya menjelaskan bahawa wanita yang kematian suami tidak boleh memakai celak, tidak boleh memakai pakaian yang berhias-hias dan tidak boleh menggunakan pewangi (perfume), kecuali jika dia membersihkan diri iaitu dengan sedikit haruman sahaja. [Lihat penjelasan lanjut dalam Fath al-Bari, jld 9, hlm. 491].

Hadis sahih ini jelas menyatakan bahawa wanita yang kematian suami dilarang memakai wangi-wangian, berhias pada diri atau pakaian termasuk memakai barang kemas pada badan. Dalam hal ini, dianjurkan supaya wanita ini menjauhkan diri daripada memakai pakaian yang menarik perhatian seperti berwarna terang kerana dikhuatiri akan membawa fitnah dan keinginan pada lelaki sedangkan dia masih dalam tempoh larangan berkahwin. 

Walau bagaimanapun, tidak semestinya wanita dikehendaki memakai pakaian berwarna hitam. Hitam ialah lambang berkabung bagi seluruh penduduk dunia. Harus wanita dalam iddah berpakaian hitam tetapi tiada larangan untuk dia memakai pakaian berwarna lain.
Diharuskan juga menggunakan pewangi sekadar untuk menghilangkan bau yang busuk pada badan seperti semasa mandi wajib selepas habis haidh iaitu digunakan pada faraj.
Diharuskan pula memakai celak untuk perubatan, tetapi jika mahu dipakai untuk kecantikan, maka ia dilarang.

Diwajibkan ke atas wanita untuk tetap menjaga kebersihan seperti mandi, bersyampu, menyabun badan dll tetapi hendaklah mengelakkan daripada menggunakan peralatan yang mempunyai wangian atau sekurang-kurangnya wangiannya sangat sedikit.

KEEMPAT: TIDUR DI RUMAH LAIN

Larangan ini terpakai untuk wanita yang berada dalam iddah kematian suami dan juga iddah perceraian biasa. Ertinya, dilarang tidur di rumah yang bukan menjadi kebiasaannya tidur semasa masih dalam ikatan perkahwinan.

Firman Allah s.w.t., maksudnya: “Jika kamu menceraikan isteri-isteri kamu maka ceraikanlah mengikut masanya dan hendaklah isteri-isteri kamu mengikut iddah dan takutilah Allah tuhan kamu. Janganlah kamu keluarkan isteri-isteri kamu dari rumah-rumah mereka dan janganlah pula mereka keluar darinya kecuali jika datang kebinasaan yang jelas.” [Surah al-Talaq: ayat 1].

Dalil ini terpakai ke atas semua wanita yang berada dalam iddah bahawa mereka dilarang meninggalkan rumah yang menjadi tempat tinggal mereka selama ini. Malah suami yang menceraikan juga dilarang menghalau keluar isteri yang diceraikan. Kelonggaran untuk tinggalkan rumah hanya dibenarkan jika ‘datang kebinasaan yang jelas’ seperti banjir, rumah hampir roboh dan sebarang ancaman yang lain.

Hujah ini disokong pula oleh hadis sahih bahawa pada satu ketika seorang sahabat wanita bernama Furai’ah telah kematian suami dan memohon kebenaran Rasulullah s.a.w. untuk pulang ke rumah keluarganya. Namun Rasulullah s.a.w. memerintahkannya untuk terus tinggal di rumah yang selama ini didiami sehingga habis iddah iaitu 4 bulan 10 hari. Sabda baginda s.a.w. maksudnya: “Tinggallah tetap di rumah kamu sehingga habis tempoh tangguh (iddah)”.

KELIMA: KELUAR DARI RUMAH TANPA TUJUAN (KEPERLUAN TERTENTU)

Larangan tidur di rumah lain mempunyai kaitan dengan larangan yang kelima iaitu tidak dibenarkan keluar dari rumah jika tiada keperluan atau tujuan tertentu yang penting. Hal ini disepakati oleh majoriti fuqaha. 

Hadis sahih yang diriwayatkan oleh Muslim menjelaskan bahawa Jabir bin Abdullah berkata, maksudnya: “Ibu saudaraku telah diceraikan, kemudian dia mahu memetik nakhil (buah kurma) maka seorang lelaki telah melarangnya (daripada keluar memetik nakhil), maka ibu saudaraku pergi bertemu Rasulullah s.a.w., maka baginda bersabda: Bahkan pergilah memetik buah tersebut mungkin kamu dapat bersedekah dengannya atau melakukan perkara yang baik.”

Para fuqaha mengqiyaskan hadis ini dengan wanita yang dalam iddah kematian suami bahawa lebih utama lagi untuk membenarkan mereka keluar rumah terutamanya untuk mencari nafkah kerana tidak ada orang yang menanggung nafkah mereka. [Sila ambil perhatian bahawa wanita yang diceraikan, nafkahnya semasa dalam iddah masih ditanggung oleh suami yang menceraikan. Jika suami engkar, buatlah aduan dan tuntutan di Mahkamah Syariah]. 

Dalam satu hadis yang lain, isteri-isteri para syuhada Perang Uhud yang tinggal berjiran bertemu Rasulullah s.a.w. dan bertanya, maksudnya: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya kami berasa gusar di malam hari, bolehkah kami tidur di rumah jiran kami? Apabila siang kami akan pulang ke rumah kami.” Rasulullah s.a.w. menjawab, “Bercakaplah sesama kamu tetapi apabila kamu mahu tidur maka kembali setiap wanita ke rumah masing-masing.”
Dalam kitab-kitab fiqh banyak disebutkan tentang keharusan wanita dalam iddah kematian suami untuk keluar dari rumah pada waktu siang tetapi dengan syarat terdapat tujuan tertentu dan penting. Menurut para fuqaha, antara perkara tersebut ialah seperti untuk mencari nafkah dan membeli barang keperluan rumah. 

Dalam mazhab Maliki pula ditambah penjelasan bahawa perempuan yang berada dalam iddah dilarang keluar untuk ziarah menziarahi, dilarang keluar berdagang (berniaga) (kecuali jika itu sumber nafkahnya), dilarang keluar untuk mengucapkan tahniah (seperti menghadiri majlis perkahwinan, pertunangan, hari jadi dan kelahiran bayi), dilarang keluar untuk mengucapkan takziah (seperti menziarahi orang sakit atau kematian) dan dilarang tidur kecuali di dalam rumahnya sendiri. Majoriti fuqaha juga berpendapat bahawa wanita yang dalam iddah dilarang mengerjakan haji atau umrah. 

Untuk pencerahan lanjut, lihat Bada’i al-Sana’i, al-Syarh al-Saghir, Nihayat al-Muhtaj fi Fiqh al-Syafii dan Kashshaf al-Qina’.

===================
Baiklah, sekarang dengan fikiran terbuka, cuba perhalusi hukum-hakam yang telah saya nyatakan yang dipetik daripada wahyu Allah serta fikrah para fuqaha yang tiada tolong tandingnya berbanding kita. Apakah agaknya hikmah di sebalik undang-undang ini?
Hmm… saya telah melalui fasa ini dan saya telah merasai hikmah peraturan yang ditentukan oleh Allah s.w.t. ini…

Sekarang terserah kepada anda sama ada anda sedang dalam iddah, mempunyai ibu yang dalam iddah, jiran atau adik-beradik yang dalam iddah atau sebagainya…. Semua pihak perlu saling faham-memahami situasi wanita dalam iddah dan saling ingat-mengingatkan jika ada orang yang anda kenal telah tersilap langkah semasa berada dalam iddah. Bantulah mereka melalui tempoh peralihan yang sangat perit ini.

Semoga semuanya berada dalam rahmat Ilahi. Kasih sayang Allah s.w.t. sentiasa mendahului kemurkaannya, maka janganlah kita memilih kemurkaannya sedangkan azab Allah itu sangat pedih manakala syurga yang indah dengan ni’mat melimpah ruah menanti wanita mu’minah yang sabar meniti kehidupan tanpa seorang suami!

http://drhasanah.com/2009

Syiqaq boleh fasakh perkahwinan


Nora dan Azam telah 3 tahun berumahtangga dan masih belum dikurniakan cahayamata. Nora telah memfailkan tuntutan perceraian secara fasakh atas alasan Azam telah tidak menunaikan nafkah batin, kelakuan dan sikap suami yang menyebabkan berlakunya syiqaq serta wujudnya penganiayaan dan dharar kepada Nora.

Kita rujuk kepada firman Allah swt yang melarang para suami menyakiti isteri-isteri yang bermaksud :

`Dan janganlah kamu menyakiti perempuan-perempuan (dengan menahan dan menyusahkan mereka) kerana kamu hendak mengambil balik dari apa yang telah kamu berikan kepadanya kecuali apabila mereka melakukan perbuatan keji yang nyata’

`Dan janganlah kamu pegang isteri kamu dengan maksud memberi mudharat kerana kamu hendak melakukan kezaliman (terhadap mereka) dan sesiapa yang melakukan demikian maka sesungguhnya dia menganiayai dirinya sendiri’

Azam telah gagal menunaikan hubungan kelamin selama 1 tahun dengan Nora tanpa alasan atau sebab yang munasabah. Azam juga gagal mengemukakan, atas alasan apakah hubungan tersebut tidak boleh diadakan.

Firman Allah swt yang bermaksud : `Dan bergaullah dengan mereka (isteri-isteri kamu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka janganlah kamu terburu-buru (menceraikan), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu sedang Allah hendak menjadikannya pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu)’

Dalam kitab Sayyid Sabiq, Fiqh Sunnah Juzuk ii muka surat 243 Ibn Hazm dipetik sebagai berkata `difarhukan ke atas setiap lelaki untuk bersama (jimak) dengan isterinya dan sekurang-kurangnya berbuat demikian sekali dalam tempoh suci jika mampu. Dan jumhur ulama juga berpendapat sama seperti pendapat ini yang menjadi kewajipan suami apabila tiada keuzuran.

Firman Allah swt yang bermaksud : `kemudian apabila mereka telah bersuci maka datanglah mereka menurut jalan yang diperintahkan Allah kepada kamu’ (Al-Baqarah : 222)

Seterusnya di dalam Seksyen 52 (d) EUUKIS 1984 memperuntukkan bahawa pembubaran perkahwinan dibenarkan atas alasan kegagalan suami menunaikan nafkah batin.

Nora turut menyatakan bahawa sikap dan kelakuan suami telah menyebabkan beliau amat tertekan, wujud dharar dan berlakunya syiqaq.

Di dalam kitab Fiqh al-Islami wa Adillatuhu m.s. 527 menyebutkan bahawa Hakim boleh merungkaikan ikatan sesebuah perkahwinan apabila rumahtangga tersebut berlaku syiqaq atau pergaulan rumahtangga yang buruk. Teks tersebut berbunyi `.. dan dari segi kemudaratan pula suami menyakiti isterinya dengan kata-kata ataupun perbuatan seperti memaki hamun memburukkan peribadi sehingga menjejaskan reputasi memukul sehingga luka atau memaksa melakukan perbuatan-perbuatan yang diharamkan oleh Allah, meninggalkan isteri dan tidak menegurnya tanpa sebab-sebab yang seumpamanya’.

Selanjutnya di dalam Kitab Fiqh Sunnah oleh Sayyid Sabiq menyebutkan keadaan yang dibolehkan untuk memisahkan pasangan suami isteri termasuklah dharar syarie. Dalam mazhab Maliki dibolehkan isteri memohon kepada hakim untuk memisahkan pasangan kerana wujud syiqaq/dharar bagi mengelakkan pertikaian dan supaya tidak menjadikan kehidupan rumahtangga hancur atau pecah belah.

Prinsip `dhirar’ ini telah diterima oleh kebanyakan Negara-negara Islam termasuklah undang-undang keluarga Islam di Malaysia. Jika diteliti dengan lebih mendalam, prinsip pembubaran perkahwinan atau fasakh kerana `aniaya’ atau `dharar’ ini tidaklah disyaratkan penganiayaan atau `dharar’ terhadap tubuh badan sahaja, malahan lebih luas dari itu termasuk enggan bercakap dengan isteri, membelakangkan isteri atau memalingkan muka darinya semasa di katil, mengutamakan memberi layanan kepada perempuan lain dari isteri, memukul dengan pukulan yang menyakiti dan seterusnya dan tidaklah disyaratkan pukulan itu dilakukan berulangkali dan lazim (Dr Ahmad Al-Husary Al-Ahwal Al-Syakhsiyah Maktabah Al-Kulliyyat Al-Azhariyyah 1968, hal 727, Mesir)

Dalam subseksyen 2 EUUKIS 1984 ada didefinisikan sebagai `bahaya yang menyentuh isteri mengenai agama, nyawa, tubuh badan, akal fikiran dan harta benda menurut kebiasaan yang diakui oleh hukum syarak’

Di dalam kes Hairun Mohd Sharif lwn Omar Mohd Noor, mahkamah memberikan huraian berkenaan perkataan `lazim menyakiti’.
A) Perkataan `lazim menyakiti’ di dalam contoh (i) di bawah Seksyen 52(1)(h) tidak bermakna memukul dengan cara fizikal. Di dalam bahasa perundangan, ada perbezaan makna di antara `assault’ dan `battery’. Perkataan `battery’ bermakna memukul dengan cara fizikal, tetapi perkataan `assault’ tidak begitu
B) Perkataan `lazim menyakiti’ hanya relevan di dalam kes penganiayaan berbentuk mental seperti menyakiti hati dan perasaan yang hanya timbul apabila berlaku acap kali dalam satu jangka masa dan oleh itu berkehendakkan `lazim’ atau `habitual’ dibuktikan oleh isteri
C) Apabila penganiayaan berbentuk fizikal, maka memukul, walaupun tidak lazim, mungkin mencukupi untuk membukti suatu penganiayaan terhadap seorang isteri



suriaterang.blogspot

A man must think about feelings before he talks about them, while a woman can feel, talk, and think all at the same time
- Mars and Venus together forever

Generasi yang dibinasakan

Tidakkah mereka memerhatikan berapa banyak generasi sebelum mereka  yang telah KAMI binasakan, padahal (generasi itu) telah KAMI teguhkan ke...