Saturday, January 28, 2017

Life Begin @ 40 .... is it ¿¿¿


Umur 40 tahun ialah umur dimana kebanyakan kita mula diuji. Ujian boleh datang dari ibubapa (jatuh sakit, kematian), atau dari pasangan hidup (perceraian, jatuh sakit) atau dari anak-anak yang meningkat remaja.

Memang bermula 40 tahun, Tuhan akan memanggil kita pulang bertaubat kepadaNya. Panggilan dari Tuhan selalunya berbentuk ujian. Kerana hanya dengan itu kita akan kembali bersimpuh dan bersujud mengadu dan memohon pertolonganNya.

Orang yang bijak akan memperbaiki diri dan amalannya, memperbaiki hubungan dengan ahli keluarganya, menyimpan untuk hari tuanya. Semua dengan niat mahu berkumpul bersama di syurga nanti.

Orang yang kurang bijak tetap leka dan langsung tak membuka deria terhadap panggilan Tuhan. Malah dikala orang lain semua bersiap sedia menghadapi segala kemungkinan, dia pula mencari masalah baru.

Ada yang masih merasakan diri muda belia. Melayan nafsu yang marak menyala padahal kedut dan uban dah tumbuh merata. Sibuk mencari cinta diluar, sedangkan rumahtangga yang halal dibiar berantakan.

Amatlah menyedihkan tatkala orang lain bersiap bertemu Tuhan, kita masih ralit dibuai perasaan akibat tertipu dengan nafsu sendiri.

Nafsu memang tak pernah tua. Ia sentiasa muda dan galak. Yang semakin lelah dan tua adalah tubuh dan kudrat kita.

Rasanya jika Tuhan menghalang tubuh manusia mengalami penuaan, pasti kita semua lebih leka, lebih degil untuk menyahut panggilan pulang.

Sehinggalah tiba saat ruh kita diheret dan diseret kembali merengkuk di hadapan Tuhan.

Tuesday, January 03, 2017

Singkatnya saat membesarkan anak-anak


Satu ketika dulu rumah ini di penuhi oleh tawa tangis, jeritan, gaduh, lucu, gurausenda dan bagai lagi. Buku2 pensel, seluar baju berteraburan di lantai bilik. Bedak, sikat ntah ke penjuru mana. Kain selimut, bantal berteraburan d bawah meja. Maka...... kedengaran lah jeritan si emak suruh diam, kemaskan buku2 dan hantar pakaian kotor ke bilik air.

Pagi esoknya... seorang akan bertanya emak. "Mak... mana pensil saya.". Kemudian sorang lagi brtanya... " bedak mana makkk?" Sorang pulak akan tanya..." anak tudung saya mana mak?.
Mak segera lupakan jeritan semalam... "Tu laaa... lain kali jangan sepah barang2."

Dan sekarang bila mak buka pintu bilik anak2...😔😔😔 ada katil yg dah kosong. Tmpt sangkut baju pun... sikit jer bajunya.

Apa yg tinggal hanyalah kesan kenangan dan bau kamu semua pada bantal, tilam, dinding dan sekitaran.  Mak boleh cam mana satu bau anaknya.  Tiap2 anak punyai bau istimewa masing2. Jadi... mak pun hidu udara bilik tu sedalam2nya untuk hilangkan rindu pada anak2.

Apa yg tinggal sekarang adalah memori gelak tawa tangis dan aneka perangai anak2. DAN JUGA... kehangatan badan anak2 dibawah pelukannya masa kecil dulu.
Hari ini rumah mak bersih. Kemas dan teratur.
Tapi ia seindah padang pasir yang x berpenghuni.
Buka dan tutup pintu pun sendirian. Dulu selalu jerit... suruh anakanak2 buka atau tutup.
Kamu semua dah ada dunia sendiri.
Dan mak/abah sentiasa memohon... YA ALLAHHH...peliharalah anak2 ku walau dmana jua mereka berada. Sesungguhnya kau maha pengasih lagi penyayang.

Nikmatilah waktu yg sedang dijalani sekarang kerana hari ini akan menjadi sejarah pada esok hari...

Dedicated to all parents... Kehidupan kita sekarang...






Generasi yang dibinasakan

Tidakkah mereka memerhatikan berapa banyak generasi sebelum mereka  yang telah KAMI binasakan, padahal (generasi itu) telah KAMI teguhkan ke...