Sunday, November 11, 2018

Modul e-Perolehan

ePerolehan adalah sistem perolehan yang menggunakan persekitaran atas talian yang selamat untuk membolehkan Agensi Kerajaan dan pembekal membuat perolehan secara cekap dan telus.

Sistem ePerolehan merangkumi kesemua jenis perolehan Kerajaan. Modul-modul ePerolehan adalah seperti berikut:

  1. Pendaftaran Pembekal
– Portal Utama yang membolehkan pembekal mendaftar dengan MOF.

  1. Kontrak Pusat
– Untuk perolehan yang melibatkan kontrak produk yang spesifik kepada pembekal terpilih yang telah ditentukan oleh MOF dalam tempoh yang telah ditetapkan.

  1. Kontrak Kementerian
– Untuk perolehan yag melibatkan kontrak produk barang yang spesifik kepada pembekal terpilih yang telah ditentukan oleh Kementerian dalam tempoh yang telah ditetapkan.

  1. Pembelian Terus
– Untuk Perolehan produk dan perkhdimatan yang bernilai sehingga RM 50,000.00
– Kajian pasaran menerusi catalog produk dan perkhidmatan secara atas talian.
– Pemeriksaan Peruntukan dan Kelulusan secara atas talian.

  1. Sebutharga
– Untuk perolehan produk dan perkhidmatan yang bernilai di antara RM 50,001 – RM 500,000.
– Tawaran dan penilaian secara atas talian.

  1. Tender
– Untuk perolehan produk dan perkhidmatan yang bernilai melebihi RM 500,000.
– Tawaran pembekal dan penilaian secara atas talian.

  1. eBidding
– Modul perolehan berkonsepkan Electronic Reverse Auction (ERA) yang membolehkan pembekal bersaing secara interaktif.
– Menggalakkan penjimatan kepada pihak Kerajaan kerana harga adalah berdasarkan harga pasaran sebenar.

Kami menyediakan perkhidmatan pengurusan pendaftaran kementerian kewangan bagi memudahkan peniaga yang mempunyai masalah dengan pendaftaran eperolehan. Bagi mereka yang terbatas oleh kekangan masa dan tugas, disini kami menawarkan kemudahan supaya pelanggan dapat memperolehi sijil kewangan tanpa perlu bersusah payah pergi balik dan turun naik.

Untuk pendaftaran sistem E-Perolehan, anda juga boleh mengisi borang permohonan online disini.



HUBUNGI KAMI UNTUK MENDAPATKAN KHIDMAT PENDAFTARAN PEMBEKAL MOF DAN PEMBAHARUAN SSM BAGI SYARIKAT ANDA




ATAU BOLEH TERUS HUBUNGI KAMI MELALUI WHATSAPP

KKM


Admin,



Saturday, November 10, 2018

TEMPOH SAH PENDAFTARAN KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA (KKM)

Tempoh sah akuan pendaftaran syarikat dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) adalah selama 3 tahun. Syarikat yang telah tamat tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU akan tamat tempoh 4 bulan lagi perlu membuat pembaharuan.

Terdapat syarat tambahan yang perlu bagi proses pembaharuan ini seperti caruman KWSP pekerja. Namun, syarat tambahan ini tidak diwajibkan jika syarikat anda beroperasi dari rumah kediaman & berdaftar dengan kod bidang rumah.


Pastikan pendaftaran perniagaan syarikat anda dengan ROB/ROC/ROS masih lagi sah tempoh sebelum membuat pembaharuan dengan KKM. Untuk kemudahan anda, senarai maklumat bagi tujuan tersebut boleh diperolehi dengan mengisi  Borang Permohonan kami. 



HUBUNGI KAMI UNTUK MENDAPATKAN KHIDMAT PENDAFTARAN PEMBEKAL MOF DAN PEMBAHARUAN SSM BAGI SYARIKAT ANDA




ATAU BOLEH TERUS HUBUNGI KAMI MELALUI WHATSAPP

KKM


Admin,



Generasi yang dibinasakan

Tidakkah mereka memerhatikan berapa banyak generasi sebelum mereka  yang telah KAMI binasakan, padahal (generasi itu) telah KAMI teguhkan ke...