Monday, January 07, 2019

MOHON SIJIL DIGITAL ePEROLEHAN ANDA SEKARANG



Syarat Permohonan Sijil Digital (SPKI)

Bermula 1 November 2007, Kementerian Kewangan telah menetapkan syarat kepada semua Pembekal yang bertransaksi dengan Kerajaan Malaysia untuk memiliki sekurang-kurangnya satu Sijil Digital ePerolehan untuk mengakses ke sistem ePerolehan.
Sijil Digital ePerolehan berfungsi sebagai kunci untuk bertransaksi mengguna pakai sistem ePerolehan yang terjamin keselamatannya.


Syarat-syarat memohon Sijil Digital seperti berikut:-
1Semua permohonan sijil digital melalui atas talian di laman portal www.eperolehan.gov.my.
2Pembekal perlu mendaftar sama ada Pendaftaran Akaun Asas ATAU Pendaftaran Kementerian Kewangan.
3Sekurang-kurangnya satu Sijil Digital perlu dimiliki oleh setiap syarikat untuk berurus niaga secara kontrak kementerian, kontrak pusat, pembelian terus, sebutharga ataupun tender.
4Pengguna Sijil Digital mestilah terdiri daripada pengguna yang dikunci masuk di dalam Sistem ePerolehan semasa Pendaftaran Akaun Asas ATAU Pendaftaran Kementerian Kewangan.
5Pentadbir Pembekal bertanggungjawab untuk memohon bagi pengguna baharu dalam syarikat.
6Pemohon perlu mempunyai satu (1) akaun emel yang sah dan masih aktif bagi tujuan pengesahan permohonan dan pengaktifan Sijil Digital.
7Dokumen sokongan perlu dihantar bagi tujuan pengesahan permohonan, ia boleh diimbas (scan) dan dimuat naik semasa melakukan proses permohonan ATAU boleh menghantar dokumen sokongan ke ePerolehan Centre yang berhampiran.
8Pihak Commerce Dot Com Sdn Bhd akan memproses permohonan selepas penerimaan dokumen sokongan yang lengkap.

Kami bersedia memudahkan anda. Hubungi kami SEGERA untuk mengetahui lebih lanjut.







                           






















Generasi yang dibinasakan

Tidakkah mereka memerhatikan berapa banyak generasi sebelum mereka  yang telah KAMI binasakan, padahal (generasi itu) telah KAMI teguhkan ke...